Wednesday, May 18, 2011

(^_^)..teRatak Qaseh BoNda..(^_^)


17 Okt 2009
Rumah peninggalan arwah nenek mula dirobohkan
Wujudnya teratak ini sebelum aku dilahirkan lagi..mungkin usia teratak lama bonda & arwah ayahanda ini sudah pun berusia puluhan tahun..lebih kurang 40 tahun usianya..akhirnya kami beberapa orang adik beradik sepakat untuk mendirikan sebuah teratak baru buat bonda yang selama ini telah banyak menabur budi dalam mendidik kami 11 orang adik beradik tanpa seorang suami di sisi & ayah buat kami semua..setiap kali pulang ke kampung terlalu banyak kenangan ligat bermain dalam kepala aku..aku sangat-sangat rindukan saat2 di mana kami sama2 membesar dlu diteratak lama bonda..
17 Okt 2009
Tinggal kenangan
Bonda..saat aku kesusahan..hanya wajahmu yang mampu membuang segala kesedihan & keserabutan yang bermain di kotak fikiran ku..thank you Allah kerana menganugerahkan aku seorang ibu yang bernama Wan Jah Wan Othman di mana insan ini tanpa penat & lelah walaupun telah berusia 68 tahun mendidik & membimbing kami sampai saat ini tanpa jemu & lelah..Dialah semulia manusia di sisi kami sekeluarga..aku tidak dapat membayangkan ketiadaan insan ini dalam hidup kami nanti..biarlah aku pergi dulu sebelum Ma ku pergi kerana aku tidak sanggup kehilangan beliau..cukuplah keperitan aku membesar tanpa seorang Hero bergelar ABAH..yang mana aku tidak berkesempatan menghadiahkan ABAH akan segala kejayaan aku di dunia..Abah tidak sempat melihat aku berjaya & gagal dalam hidup tapi aku bertuah kerana masih punya Ma yang aku boleh hadiahkan kejayaan aku tapi aku juga hadiahkan Ma kegagalan & kesedihan aku..Maafkan Nor ..Ma..Nor tiada niat untuk sedihkan diri Ma saat di mana ketika ini Ma perlu bergembira disaat-saat akhir ini..tapi sebaliknya Nor menghadiahkan Ma dengan sejuta kekecewaan & kesedihan..Ampunkan Nor.. Ma..Nor nak hidup lama lagi dengan Ma..


Ya Allah..panjangkan lah usia ibuku dan seluruh ahli keluarga ku..AMIN


Inilah sedikit gambaran teratak baru bonda..teratak baru ini telah di amanahkan kepada abg aku di JB & teratak lama bonda amanahkan kepada aku untuk menjaganya..thanks Ma kerana sampai saat ini Ma masih lagi ingin berkongsi harta Ma kepada SuNor yang tidak punya apa2 harta lagi di dunia ini..hanya punya sebuah kereta kancil JGM 5777 untuk ulang alik kerja sahaja...thanks Ma...Jasamu hanya Allah yang boleh membalasnya..

TERATAK QASEH BONDA


18 Mei 2011
After 1 tahun
Siap sepenuhnya di tapak yang sama


Hadiah anakanda buat bonda terchenta

Teratak baru di amanahkan kpd abgku di JB
Teratak lama bersambung teratak baru
Terbinalah Teratak Qaseh Bonda

Teratak lama yg bonda amanahkan kpd aku
Thanks bonda
akan sunor pastikan famili kita sentiasa menceriakan
rumah peninggalan ini sebaik mungkin
TERATAK QASEH BONDA






No comments:

Post a Comment