Saturday, May 7, 2011

(^_^)..SELAMAT HARI IBU - MA (^_^)

WAN JAH WAN OTHMAN
PENGORBANAN SEORANG INSAN BERGELAR MA

Wan Jan Wan Othman, seorang janda yang BERCERAI MATI dengan seorang suami ..telah berumur 67 tahun & membesarkan 11 orang anak seorang diri dan dialah wanita & ibu yang sangat tabah menghadapi kesemua karenah & rencah kehidupan anak-anak tersayang. Ma, suNor tak sanggup untuk menghancurkan hati Ma dgn masalah yang sedang suNor hadapi kini..Seandainya kalau Ma tau apa derita yang sedang suNor lalui kini, suNor tau Ma lah orang yang paling sedih dalam dunia ni sebab tak mampu bagi yang terbaik untuk anak bongsu Ma ini..sudah 4 bulan kita tak bersua muka Ma..bukan niat suNor untuk mengelak dari berjumpa dengan Ma tapi suNor taknak Ma baca airmuka suNor yang penuh dalam kesedihan & kehancuran hati ini..suNor cuba untuk tidak melibatkan famili kita & sebaik mungkin suNor cuba untuk selesaikan semuanya sendiri..tetapi jika suatu hari nanti suNor dah tak cukup kuat & tabah untuk hadapi..sudilah Ma terima suNor kembali ye Ma..

Hari ini merupakan hari ibu, tiada harta yang dapat suNor berikan & bekalkan kepada Ma melainkan DOA untuk Ma moga Ma sentiasa sihat tubuh badan kerana suNor nak hidup ngan Ma sepanjang hayat suNor ma..Hubungan kita takkan putus biar ribut taufan yang melandai keluarga kita..Insya-Allah..

Ma..
Terlepasnya Ma dari menanggung dosa seorang anak tatkala kali pertama suNor datang haid masa form 2..teresak2 suNor menangis masa tu call Ma dekat public phone kat SESMA..tp Ma lah yang bagi kata2 semangat untuk suNor menghadapi dugaan hari-hari mendatang..bermulalah kehidupan suNor menanggung sendiri DOSA-DOSA yang suNor lakukan..tersangat banyak DOSA itu Ma & suNor tak tau samada DOSA suNor tu TUHAN ampunkan ke tidak..suNor takut Ma..sampailah tanggungjawab terakhir Ma dalam kehidupan suNor tatkala suNor menyampaikan hasrat untuk berkahwin..Maka berpesanlah Ma pada suNor..Ma kata.."ikut suNor ah sape pilihan suNor, biar tukang sapu sampah pun janji suNor  bahagia & gembira sudah la..lepas suNor nikah Ma dokleh masuk campur dah cuma Ma doakan pilihan suNor tepat untuk kebahagiaan suNor jugak". Kata-kata Ma itu suNor akan ingat sampai bila-bila Ma..

Ma..
Ma dah bg suNor  bekalan ilmu dunia & akhirat untuk suNor smpilah suNor dapat segulung ijazah..ma dah berhabisan harta sana sini untuk suNor...tapi suNor kesal dgn diri sndri sbb dah bekerja tapi BULANAN suNor tak mampu nak kirimkan wang untuk Ma..jahatnya suNor ni kan MA???? suNor pergunakan kesemua gaji suNor untuk kepentingan famili suNor..betapa tidak mengenang jasanya suNor ini..Ma tidak bekerja mampu nak sara kami semua hasil jualan Ma di pasar tapi suNOr yang makan gaji ni tak mampu nak bg duit untuk Ma..suNor kesal dgn diri sendiri Ma.kesal yang tiada penghujungnya....=(

Ma..
suNor tak tau suNor sempat ke tak merasa bagaimana perasaan yang Ma rasa..di mana anak-anak Ma menyambut hari IBU untuk ma dgn memberi hadiah mcm2 kepada Ma..suNor juga mendambakan itu semua ma..tak dapat hadiah yang mewah-mewah pun takpe janji ada ucapan dari seorang manusia yang bergelar anak..suNor ingin merasa mcm mn perasaan seorang ibu mengandung, melahirkan, membesarkan & memberi didikan kepada anak-anak suNor macam mana yang telah Ma berikan pada suNor & semua anak-anak Ma secara adil..bukan sorg dua Ma tapi 11 orang Ma..dan Ma lah wanita yang terBAIK di dunia ni..kesengsaraan suNor ini akan menjadi titik permulaan dalam hidup suNor ma sbb doktor dah sahkan yang suNor tak mandul tp TUHAN masih ingin menguji suNor ma..suNor akan tetap memohon tanpa henti dgn TUHAN agar suNor berkesempatan merasa apa yang Ma rasa selama Ma bersama kami anak-anak Ma ini..biarlah kedukaan ini suNor simpan dalam diri suNor sbb selagi hayat Ma ada ini suNor taknak Ma bersedih..

tapi Maaaaaaaaaaaaaaaa.....
anak mu ini sgt2 perlukan mu saat-saat ini..nak peluk & menangis di bahu Ma sepuas yang mungkin..
boleh tak Ma??????
suNor ingin kembali kepangkuan Ma..
sudikah Ma menerima suNor semula??????
sudikah Ma????
suNor dah tak cukup kuat Ma..
sampai masa kita akan ketemu Ma..

SELAMAT HARI IBU MA..
KAULAH SEGALANYA BAGIKU..
SELAMA INI,
 SEBAB TERLALU IKUT PERASAAN SAYANG,
AKU ABAIKAN MU..
MAAFKAN SUNOR MA..

SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA WANITA DILUAR SANA YANG TELAH & BAKAL BERGELAR IBU..
KERANA AKU AKAN MERASAI JUA
INSYA-ALLAH ...

kenapa ada 8 Pembohongan Ibu Kepadaku !!!

No comments:

Post a Comment