Wednesday, October 19, 2011

(^_^)..HoNg KoNg heRe we coMe..(^_^)



Well..mesti x ramai kali ni yang tau ai akan fly ke HK kan..:) giler lama rasanya tak bercoti2.. maklumla sejak deactive fb ni (baru sebulan hikhikhik) dunia sunyi sepi je rasa (sbb tak tau perkembangan kengkawan) tapi nasib la ada Mr. blog ni as my diari..hehhehe mana la tau akan bila dah tua nanti leh baca semula as kenangan di masa2 lepas..

For ur information, we've booked for the tix back in 9 Nov 2010..giler lama kan..setahun masa jugak la baru nak pi..mau taknya nak tiket murah punya pasal..of course la by Airasia..:P saper yang tak nak pi wooo...tiket x smpi RM 300 two ways...melepas sape tak rebut peluang beli tix masa 0 fare tu..Kali ni trip ramai sikit 8 Dewasa 1 KK..tapi malangnya my sis n my brother in law x dpt nak join last minit diaorg ada hal yg perlu disetelkan ASAP..so kureng la 2 org ahli rombongan cik kiah ke kota HK..:)

By the time we guys are reading this, we are already di awan nano..opssss silap di awan biru daaaa heading to Hong Kong a week stay cover Shenzen & also MAcau...We will straight away to Hong KOng for day 1, Shenzen day 2-3, Macau day 4, then go back to Hong Kong for Disneyland tour..yippiiiii tak sabar  nak jelajah Madam Tussaud nak berphoto with my lady D, DAvid Bacham & Amitabhacan & also the others ..and also enjoy @Disneyland..x lupa juga sopping mopping @Stanley Market, Ladies market, Temple street & visit WINDOW OF THE WORLD...arghhhhhh poket nipis tp xpe la jalan2 cuci mata jer la ..ye ker kalau pompuan jalan2 cuci mata jer????!!!!!!hikhikhik....

Semua visa my sis @Kl dah tolong setel kan..transfer duit je seme setel..thanks so much sis..xde la ai rushing nak turun kl nak buat visa..double cost la plak nnt..hikhikhik jimat tu perlu sbb bnyk lagi nak pakai duit @Hk nnt..:) less then 48hours to fly..:P
...alamak lom packing apa pun lagi ni..ohhh en mood...silaaaaa laaaa datanggggg....


kesian my sis kena isi form sengsorg utk 7 org apply visa
nnt ada habuan utk u after ai blk ok..:p

thanks MokLi..visa kami dah siap..
sgt tak best u ber2 x dpt join we all..

stock makanan dr geng KL...

stok makanan geng ganu ...

last but not list kalau takder mende kat atas ni
x jadi gak nak jenjalan & sopping mopping..

 i will be back with loads of photo & stories..stay tuneeeeeeeeeee..daaaa....



Monday, October 17, 2011

(^_^)..MULIANYA SEORANG IBU ..(^_^)

Ya Allah..andai sampai saat ini ENGKAU mengujiku..aku akan tetap bersabar laluinya..anda ada peluang buat diriku di masa akan dtg..ENGKAU berikan daku kesempatan untuk merasainya.. daku akan setia menunggu saat itu sampai ke akhir hayatku..semuanya dgn keizinan dari MU..setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya..semuanya Qada & Qadar MU.
Ya Allah...izinkan daku utk menggandakan pahala ku dgn memberi peluang kpd ku utk menjadi ibu kpd anak-anakku..AMIN

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM

 
1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. ...

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat


Info selanjutnya - http://www.informasi.my/info-kemuliaan-ibu-mengandung-dalam-islam/




Sunday, October 16, 2011

Kenapa Rasulullah sukakan kucing!!!???

sy ada kucing..nama kucing sy AngeliNa..
Dan kenapa FATIHA sukakan kucing juga??????nk tau kenapa???sbb kucing manja & seolah2 memahami nasib tuan dia...kan angelina kan???

Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.
Lantas kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji.
Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor.
Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahgian-bahgian khusus.
Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapatkan adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.
2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.

4. Hanya sekali kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu masuk kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.
5. Tidak ditemui kumpulan kuman yang beragam.

Berbagai sumber yang dapat dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.

Komentar para doktor yang bergelut dalam bidang kuman
Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. Subhanallaah !

Dr. Gen Gustafsirl menemui bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. (baca: Inilah sebabnya jika terkena liur anjing harus dibasuh dengan tanah).

Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai perangkat pembersih yang bemama lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll) Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.

Tetapi ketika sebahagian doktor dan percubaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemui bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan dan Ia lebih bersih dari manusia, banyak dari pembaca situslakalaka yang khuatir adanya Toxoplasma pada kucing, benarkah toxoplasma itu virus? ataukah hanya sekadar parasit yang boleh melekat pada tubuh makhluk yang hidup? silahkan baca: Benarkah Toxoplasma Hanya disebabkan Oleh Kucing

Perhatikan apa yang diperlihatkan Rasulullah pada sahabatnya berikut ini:
Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpanya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Subhaanallah!! Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw yang buta baca-tulis ini tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih? Segala sesuatu yang baru ditemukan oleh para ilmuwan semasa ini, ternyata sudah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Bab nak bermanja no 1 la..suka bebor tdo atas kita..

bersih je dia...sy suka sy suka...

pantang kita baring mesti nak menepek jer..:p




Tuesday, October 11, 2011

(^_^)..aLaNgkaH baHagiAnya meRekA..(^_^)

~sharing is caring~

~bila saat & ketika itu semua untukku~
~hanya DIKAU yang Maha merancang & mengetahui~

Perkara yang harus diketahui oleh suami ketika isteri mengandung..

Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Hal ini kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang di luar sana masih tidak lagi memahami situasi ini.

Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?

(1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.

(2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.

(3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.

(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.

(5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.

(6) Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.

(7) Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.

(8) Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.

(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.


Walahuallam.



(^_^)..FACEBOOK OR FACEFOOD..(^_^)

facefood kenyang gak kan????
10 Okt 2011 -60 ribu manusia ketagih FB!!!!!..pejam celik pejam celik dh genap 1 BULAN jugak la aku deactive fb..kejap je kot DEACTIVE ni....kenapa???mengapa???nak tau jawapannya???

entahla aku sndri xde jawapannya...ramai org ckp fb ni banyak buruk dari baik ..kengkadang mende2 yg dlm fb ni boleh buat aku senyum sendirian dgn komen2 yg lucu2 dan ada gak yg boleh membuatkan air jernih aku mengalir tanpa disedari sendirian...mcm2 status di baca..macam2 komen di buat..mcm2 pic diupload...di mana ada yg menggembirakan dan x lupa jugak yang bisa menyentap naluri aku sebagai  seorg wanita, perempuan, isteri, surirumah & pekerja awam..so makin lama ia boleh membuatkan hati aku makin mengecil..kesian kat hati kita kan..asyik sering disakiti jer...bila la hati ni nak kembang & segar semula agaknya..sekembangnya bunga2 di taman Cameron Highland....

kini,
ku rasakan hidupku makin kosong jer..
sunyi sesepinya...kenapa!!!???nak tau jawapannya???
aku pun xde jawapannya...
boleh x gitu..:p

dulu,
aku leh jumpa kawan2 lama yg dh terputus hubungan setelah sekian lama..bertnya khabar..
sori yer..xs pakwe2 takder ye sbb mereka semua buta IT...:P

dulu,
aku sering mendapat info isu semasa dari fb..
terutama berita terkini hiburan sensasi..:P

dulu,
Fb tempat aku penuhi masa kosong dgn bermain game ..
Addicted to Cafe World, Tresure Island, Cake Mania

dulu,
aku sering travel2 online tgk negara2 org..
terutama baca kisah2 kengkawan yg kaki jalan..syok jer tgk pic2 mereka..tmbh knowledge..

dulu,
aku main masak2 online.
bnyk resepi yg mereka share di FB..

dulu,
aku tidak pernah terfikir akan terjebak akan semua mende2 begini..

tetapi..

kini,
tidak lagi..

kini ,
hidup aku celik mata kerja..
tidur malam pun dah tidak selena dlu..

kini ,
hidup aku balik rumah masak..
syok mencuba resepi baru..

kini,
hidup aku balik rumah kemas..
syok tgk umah sentiasa tersusun..

kini,
hidup aku balik rumah sapu sampah..
sbb aku alergik habuk...

kini,
hidup aku balik rumah mendobi..
kalau x dobi hbs la pakaian seme kotor2..

dan tidak lupa..

kini,
hidup aku balik rumah ANGELINA...
dia cukup memahami..terkedu bila sekali tu airmata aku mengalir terus kaki dia sentuh pipi aku seolah2 memujuk aku yg dlm kesedihan..so sweet that time...

aku enjoy lakukan semuanya..
aku ikhlas hanya kepadaMU TUHAN..

ENGKAU yang banyak mengajar aku erti TABAH..
ENGKAU yang banyak menagajar aku erti KESABARAN..
ENGKAU yang banyak merawat HATIKU..
ENGKAU yang banyak menggembira & menceriakan hidupku..
tetapi jauh di sudut hati aku..
aku sunyi..sunyi sesunyinya & aku kesiankan hati kecil aku..
sampai bila dia perlu lalui semua DUGAAN ini????.
hanya ENGKAU yang MAHA mengetahui segalanya...

bertabahlah wahai sang hati.. 
apa lagi daya aku!!!!boleh dikatakan sedikit sebanyak aku sudah terputus hubungan bersama rakan2 & sanak sedara sekalian..
bak kata pepatah...
KATAK BAWAH TEMPURUNG

&

maybe 1 day..
aku akan kembali bersama MUKA BUKU..
just wait & see..
semuanya KUASA MU TUHAN..




Sunday, October 9, 2011

(^_^)..ceRiteRa biNi-biNiku gaNgster..(^_^)

errrrmmmm...
ceritanya sgt2 lucu ...
penuh dgn lawak jenaka..
boleh membuatkan mereka yg menonton tersenyum simpul & tergelak besar...
tapi ..tapi..tapi....
ada tapinya..
kenapa airmata boleh bergenang tatkala layan cerita yg lucu bagai nak rak ni...
kesian kat hati..
errrmmm...
hanya dirinya yg mengetahui sebab musababnya.. 
gelora di laut nampak di mata - gelora di hati siapa yang tahu - begitu lah aku..
memang menusuk sungguh cite ni..
kena tikam jantung terus ayat2 dlm cerita ni.
semuanya kuasa TUHAN..
wait & see..
KUN FA YA KUN..

Tuesday, October 4, 2011

(^_^)..kAy yu ku kAy yu Ku..KuKu..(^_^)



Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis

2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari


1] jari tengah

2] jari telunjuk


Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)


Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.


DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....








Sunday, October 2, 2011

(^_^)..koNtroVersi oh koNtroVersi ..(^_^)

(^_^)..hiDup peNuh koNtroVersi..(^_^)
???????????

mcm mn nak kata yek....
ermmm..
ermmmm...
serabut + apa nak jadi la..
lately ni...
mcm2 hal..
mcm2 cerita..
mcm2 dugaan..
aduhhhhh..
aku sudah x daya nak harungi..
siapa dia???
siapa mereka??
apa kaitan mereka2 semua..???
apa relatenya dgn aku???
aku dah tak daya dgn semua rancangan2 ni.....
Tuhan, kuat & tambahkan lagi kesabaran dlm diri hamba mu ini...



Saturday, October 1, 2011

(^_^)..Sayaaaang Abah..(^_^)


As usual..weekeng aku hanya melepak di rumah sambil menjalankan tugas wajib sebagai seorang isteri & surirumah..jumaat aku dah setel segala kerja..membasuh, mengemas rumah, menggosok & mcm2 kerja..dah 2 hr seawal 6.30am aku dh bangkit..entah laaa nak peram tdo dah xleh so mandi2 lepak dpn tv sambil iron2 baju..sampaikan aku lupakan sekejap kesibukan sepanjang pesta konvo UMT..pagi ni aku layan drama dkt astro prima jer..tajuknya SAYAAANG ABAH..cukup menyuntuh hati & sanubari aku...


SAYAAAANG ABAH yang mengisahkan seorang pengutip botol yang bisu dan pekak..di mana dia telah terjumpa seorang bayi terbuang di tempat dia mengutip botol & kotak2 lama..dia nekad membawa pulang dan menjaga bayi tersebut biarpun hidup dlm serba kekurangan..sepenuh kasih sayang dicurahkan pada bayi tersebut yang diberi nama Intan Najwa..bila dah tamat SPM, Intan ingin mencuba nasib sebagai seorang penyanyi kelab malam sementara menunggu result SPM..idea Intan mendapat tentangan drpd Abahnya..tapi Intan berjaya memujuk abahnya dan katanya menyanyi untuk mengubah cara hidup keluarganya yang dah lama miskin..dalam diam rupanya Abah Intan mengidap sejenis penyakit barah tulang yang berada pada stage 4 dah..malangnya tiada siapa yang mengetahui selain kakak sulongnya Kak Pora..pabila Intan sedang melonjak naik, kakak kpd abah Intan cuba utk menjadi manager kpd Intan iaitu Kak Faridah keran ingin mengaut keuntungan & royalti daripada Intan..sampaikan Intan sanggup ketepikan Abahnya demi nyanyian..

ermmmmmmm...
ermmmmm..
ermmmm.
ermmmmmm..
aku x mampu nak terus critakan kisahnya lg..kalau sapa2 berpeluang tgk cerita n..cubala hayati kisahnya..sedih...

Even itu bukan anak kandungnya, tapi dia tetap tatang anak itu melebihi daripada nyawanya sndri..sepenuh kasih sayang dia curah pada Intan....

BEGITU jugalah dengan aku..ANAK MEMBER ibarat mcm anak aku sendiri juga..di situlah tempat aku meluah & berkongsi sedikit kasih yang aku ada..skrg ni aku hanya mampu bercakap dengan Angelina..itu jerrrr yang aku ada dan leh hiburkan aku sedikit sebanyak..selebihnya mengadu & terus memohon kepada yang ESA agar peluang yang ku pernah rasa pada bulan 5 yang lps kembali lgi..si KECIL ibu, damailah engkau di sana..ibu akan tetap berusaha tanpa jemu & putus asa unttuk mencari peneman hidup ibu smpi ke akhir hayat..."ANAK" itu anugerah yang paling besar yang ibu akan tunggu kehadirannyaa...entah bila, hanya DIA yang mengetahui..

Insya-Allah, berdoa & terus berdoa..tanpa jemu...pasti akan tiba masanya kelak..AMIN