Tuesday, May 31, 2011

(^_^)..jgn kau uji diluar kemampuanku..(^_^)

(^_^)..raut wajahnya..(^_^)


Bila rindu menggamit jiwa ..

Aku memegang ubun-ubunnya..

Aku menyentuh pipinya..

Biar hanya untuk seketika..

Biar hanya dalam mimpi or realiti..
Janji, aku dapat menyentuhnya..

Janji, aku dapat merasa kelembutannya..

entah bila lagi aku dapat merasainya..

aku pun tidak pasti..

Biar pun hatiku meronta-ronta..

Rindu akan raut wajahnya..

Hati kecilku menangis..

Tatkala tangan ini dapat menyentuh kulitnya..

Kerana terlalu rindukannya..

Rindu akan raut wajah itu..

Akan ku rindu sampai mati..

Aku redha diperlakukan begini..

Andai ini yang kau mahukan..

Andai ini ketentuan NYA.



(^_^).kalau percaya sYiRik..tapiii berikhtiarlah.(^_^)



tolonglah...tolonglah..tolonglah
aku merayu..
udah-udah la buat itu ini pd saya..
kalau ini caranya,
nak dapatkan sesuatu mende tu dgn cara yang tak betul..
anda dah pun berjaya ..
ambil lah..ambil lah..
bawa la semuanya pergi jauh-jauh..


tolonglah..tolonglah..tolonglah...
kesiankan lah saya,
saya dah cukup penat diperlakukan begini,
muntah itu adalah sesuatu yang memenatkan,
muntah itu membuatkan saya lembik ,
muntah itu menghilangkan tenaga saya,
muntah itu membuatkan mood saya hilang.


tolonglah..tolonglah..tolonglah...

sampai hati perlakukan saya begini..
saya mampu berikhtiar menyembuhkan diri saya sahaja,
selebihnya biar ALLAH yang membalas atas apa yang sudah berlaku,
bertaubatlah
insaflah
sebelum semuanya terlambat..


Ya-Allah,
Sampai bila harus aku menunggu,
Sampai bila harus aku luakkan segala isi perutku,
aku cukup penat,
aku sangat tidak bermaya,
hilang segala tenaga aku,
Bantu lah aku Ya Allah,
Sembuhkanlah aku,
Kembalikanlah aku pada diri aku yang asal,
Ku MOHON.



Sunday, May 29, 2011

(^_^)..motiVasi paGi by Maher Zain..(^_^)

Otw aku nak pergi kerja pagi ni saje la layan radio hit.FM.. tup-tup DJ radio tu putarkan lagu Insya-ALLAH by Maher Zain..emosi aku tetiba tersentap sebab rasa sedih je tetiba tatkala menghayati lirik-lirik lagu berkenaan..Mmg liriknya kena dengan jiwa aku & masalah yang sedang aku hadapi kini..Tapi aku yakin... Ada Jalan NYA..Insya-ALLAH..


Jom kita layan lagu & hayati bait-bait lirik lagu ni..

Selamat mendengar kengkawan semua..








Maher Zain – Insyaallah (Malay Version)


Andainya kau rasa tak berupaya

Hidup sendirian tiada pembela

Segalanya suram

Bagai malam yang kelam

Tiada bantuan tiada tujuan

Janganlah berputus asa


Kerana Allah bersamamu

*

InsyaAllah InsyaAllah InsyaAllah

Ada jalannya

InsyaAllah InsyaAllah InsyaAllah

Ada jalannya


Andainya dosamu berulang lagi

Bagai tiada ruang untuk kembali

Dikau keliru atas kesilapan lalu

Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa

Kerana Allah bersamamu


Ulang *


Kembalilah

Kepada Yang Esa

Yakin padaNya

Panjatkanlah doa

Oh Ya Allah

Pimpinlah daku dari tersasar

Tunjukkan daku ke jalan yang benar

Jalan yang benar

Jalan yang benar

Jalan yang benar


Ulang *

Friday, May 27, 2011

(^_^)..Bacaan Yasin, taHliL & soLat haJat..(^_^)


Today ku dambakan sepenuh diriku kepada famili ku di kampung..terutama my mom yang hanya mengharapkan anak2 untuk membawa beliau ke sana ke mari..so arini aku menjadi driver sepenuhnya kepada bonda tersayang..Start dari pagi ke Amanah Raya,KB, setel segala bagai pertukaran nama tanah & rumah..Aku kadang terasa malu & bersalah sbb bonda mampu memberikan aku tanah tapi aku masih belum mampu berikan bonda apa-apa melainkan masalah...terasa sedikit kesal dgn diri sendiri..=(


Setel urusan amanah raya, bonda ingin memuaskan nafsunya dgn bershopping barangan hadiah utk diberikan kepada pengantin-pengantin baru yang bakal melangsungkan perkahwinan dlm cuti sekolah bermulanya besok..Mulanya kami bercadang untuk ke Pasaraya MYDIN, tp sbb aku tersesat maklumla lama giler dah tak drive ke KB & jalan pun bnyk yang dah berubah..lainla kalau campak aku kat KL insya-allah lebih mahir nak compare dr KB..erkkkkk..so kami decide ke pasaraya PKT je di Kedai Piah, then berenti pula di kedai kain ASMADI Kok Lanas..Pendek kata penuh la satu bonet kete bonda borong barang-barang keperluan dia..=)


Selesai shopping di PKT

DEstinasi ke 3
Kedai Kain ASMADI, Kok Lanas

pilih jgn tak pilih

Gelagat Bonda memilih barangan..:P

Sesampai je di rumah pun dah tghari, kami rest jap then sementara aku nak wait solat asar aku mula bungkus2 hadiah bonda tersebut, jenuh & sangat la penat sbb terlalu banyak..itu pun x semua aku bungkus sebab ada kerja lain yang perlu aku setelkan sebab malam ni kami akan adakan tahlil untuk arwah abah..AL-FATIHAH & Moga ABAH digolongkan di kalangan orang-orang beriman..AMIN



Antara hadiah-hadiah yang sempat aku bungkus
Selebihnya sambung besok la yerr.
Penat bnyk sgt..:)

Start pukul 6pm, kak long & kak cik sedang bersiap-siap memasak makanan untuk majlis tahlil. Menu majlis tahlil cuma nasi minyak lauk daging & ayam kurma, acar timun, sambal, buah pisang & air mineral je..Aku sekadar tolong kacau & bungkus2 makanan itu ke dalam polisterin & plastik sahaja..Sejak akhir-akhir ini kami memang bungkus & buat tahlil di masjid sahaja sebab tak cukup kakitangan nak handle kat rumah..kalau buat kat rumah bnyk kena prepare pinggan mangkuk, basuh & kemas lagi selepas majlis..So untuk mengelakkan diri dari penat kami mengambil keputusan buat nasi bungkus je dan agihkan kepada semua jemaah yang hadir..


Gulai Kurma Ayam

Packing siap-siap
Nasi minyak + Gulai Kurma Daging & Ayan + Acar + Sambal

Alhamdulillah malam jumaat yang mulia ini aku juga sempat ke masjid dan sama2 berjemaah isyak, menbaca surah Yasin, bersolat hajat & bertahlil sesama penduduk kampungku..Majlis tahlil berjalan dengan lancar & Alhamdulillah semua makanan habis di bawa pulang oleh jemaah2 masjid..


Aku berharap suatu hari nanti aku jugak sempat untuk bersedekah & mengadakan tahlil serta solat hajat untuk arwah abah..Insya-Allah kali ni turn Kak Ct bersedekah lainkali jika di izinkan Tuhan dan punya kewangan yang lebih akan sampai juga seru untuk aku bersedekah..Moga-moga aku sempat melakukannya..INSYA-ALLAH


Besok aku dan bonda bercadang untuk ke Pusara Arwah Abah & membersihkan rumput-rumput sekitar pusara arwah..last aku menziarah pusara arwah pada Hari Raya Puasa 2010..Moga kali ini aku punya kekuatan untuk ke sana & sedekahkan bacaan Yasin untuk arwah..

AMIN..



Thursday, May 26, 2011

(^_^)..seRangan kaLi ke -2..(^_^)


KENAPA DENGAN AKU!!!!!

Semalam sekali lagi aku kena serangan sama macam yang aku kena kat umah Tok Jembal. Cuma yang bezanya kali ni aku tak boleh nak gerakkan tangan & kejang sesangat..Nasib pinggul ke bawah tak ada rasa apa-apa tapi perut plak yang mengeras sesangat..Sehabis boleh aku lawan & cuba gerakkan juga akhirnya pertarungan aku berakhir..gigi menggigil-gigil menahan seolah-olah kesejukkan yang melampau..ermmmmm

KENAPA DENGAN AKU!!!!!

Semalam seawal jam 8.30pm hujan selebat-lebatnya, aku cuma on kipas itu pun no 1 je..Nak kata sejuk sangat takde la sbb ekon mmg xde..aku pun by 10pm dah lena & sedar-sedar bila terkena serangan itu..After semua ok aku tgk jam baru pukul 12.30am..Kali ini pun sama aku rasa mcm dh lama aku tidur padahal baru je 2 jam sama mcm malam sebelumnya...Sampai ke cerah bumi aku takut untuk tidur..bila dah sedar semuanya kembali macam biasa aku boleh bergerak & berjalan seperti nothing happen...ermmm

So ...

KENAPA AKU JADI BEGINI !!!!!!


Adakah ini tanda-tandanya aku nak...........

Ermmmm..

Entahlah..

 ku Mohon PadaMu Tuhan jauhkan aku dari segala bala yang tidak diingini..
AMIN



Wednesday, May 25, 2011

(^_^)..keNapa seMaLam..(^_^)


Kenapa dengan aku semalam!!!!..

Aku rasa semalam adalah tidur aku yang paling lama di abad ini....apa yang aku ingat aku cuba offkan ekon...aku rasa tersangatlah sejuk..tidak sampai beberapa minit after off ekon seingat aku seluruh tubuh aku tak mampu untuk digerakkan untuk seketika..tangan seolah-olah kaku & seluruh tulang pinggul serta paha tidak dapat digerakkan..aku cuba untuk melawan dan bergerak tapi tidak berdaya...tersangatlah seksa aku rasakan..menggigil-gigil seluruh tubuh...takder kata-kata yang mampu keluar dari mulut untuk menyatakan kesakitan yang aku rasa..seolah kerongkong  aku disekat..sakit yang amat.!!!.


KENAPA DENGAN AKU!!!!!

crampkah aku???
atau
kena tindih ke aku????


Aku masih bernasib baik..mempunyai teman sekatil yang memahami..membantu aku untuk meregangkan mana-mana otot yang perlu..Thanks you so much ... Aku tidak berniat untuk mengganggu tidur lena mu semalam..Maafkan aku.. Pada detik peristiwa ini terjadi jam  baru sahaja menunjukkan pukul 1.30am...selepas kejadian itu, aku tidak dapat lena sampai ke pagi...=(

Kenapa & Mengapa!!!!!!


Tuesday, May 24, 2011

(^_^)..uLang & taHun..(^_^)


ulang & tahun..
satu perkataan yang tidak dapat dipisahkan
oleh manusia bagi mengingati akan tarikh keramat..
 setiap individu..
berbeza cara sambutannya..

samada ulangtahun
harijadi..
percintaan..
pertunangan...
perkahwinan..
perpisahan..
what???
ulangtahun perpisahan pun ada yg celebrate ker????
dan macam2 ulangtahun lagi.
heran bin ajaib sungguh..
=P

terutama pada bulan Mei , Jun & Disember
pendek kata..
pantang cuti skull je
mmg ramai yang akan bercakap pasal ulangtahun

bagi mereka-mereka yang menyambut ulangtahun perkahwinan tu..
TAHNIAH...
aku doakan semoga kalian semua bahagia bersama pasangan masing-masing
dan
memperolehi pengampunan dari Allah Ta`ala
serta
dikurniakan zuriat-zuriat yang ramai serta soleh & solehah
amin

aku pun bakal sambut ulangtahun jugak nanti..=P
tak lama dah pun
lagi 15 hari je lagi
pejam celik
pejam celik
kejap je
dah nak masuk 5 tahun pun..
ermmm..

so far takder plan apa-apa pun lagi..
biasa awal2 tahun dah excited plan macam-macam
tapi kali tak plak.
maybe sebab sibuk sangat dgn kerja kot..
sampai tak terkejar rasanya..
apa-apa pun..
aku berharap

Semoga diberkati oleh ALLAH..
AMIN


ulangtahun kelahiran

ulangtahun pertunangan

ulangtahun perkahwinan

ulangtahun perpisah
c..mmg ada yg celebrate jugak pun ..
Macam-macam jenis ulangtahun adakan!!!!
Maklum la semakin ramai manusia..
semakin pelbagai ragam & berbeza-beza sambutannya..




Monday, May 23, 2011

(^_^).. 9 saMan..(^_^)


Tajuk kena nampak gempak sikit..

Actually mmg aku dapat 9 saman..
5 Saman hardcopy..
2 Saman via FB
2 Saman Face to face

=P

Kalau nak tau la..
Saman bersamaan dengan Undangan Perkahwinan lerrrr...

Mau taknya minggu depan kan cuti sekolah
So masa ni la ramai yg akan tamatkan zaman bujang mereka

Aku dapat 9 undangan


1 - dari kawan masa SESMA- Zenty Elyana : 28 Mei 2011

1 - dari best buddy kat UMT ni - Nozack : 28 Mei 2011 gak

1 - dari member 1 aliran masa degree - Airiza : 28 Mei 2011 gak

1 - dari senior masa degree - kak Ana : 28 Mei 2011 jugakkkkk

1 - dari cousin anak arwah Pak Su Mansor - Aziha : 31 Mei 2011

1 -dari student pengguna lab biologi aku dlu - Pa e : 3 Jun 2011

2 - RA aka student Master INOS - Faizah & Effi : 4 Jun 2011

1 - Staf kat ofis aku - Zul : 5 Jun 2011

Semua total: 9 setakat hari ini



Inilah rupa kad undangan tu..semuanya cumil-cumilkan???

Macam mana nak bahagikan badan aku ni nak attend seme majlis tu??? maaf yer kpd kengkawan yg mana sblm ni aku sempat & tak sempat pergi wedding u olls. Bukan sengaja aku xnak pegi tapi bnyk sbb & faktor yang tak dpt dielakkan..Jgn ingat aku tak pergi bermakna aku tak meraikan hari bahagia korang..Insya-Allah lepas ni mana yang jemput & terkena ngan cuti aku, hope dpt la attend nnt..

Aku doakan kalian semua bahagia sampai ke akhir hayat & mampu memperolehi zuriat serta menyambung keturunan korang semua. Insya-Allah..AMIN


Sedikit info yang aku nak share berkenaan andai kita dapat undangan perkahwinan..
Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan yang sudi membaca..

Hukum menghadiri Undangan Perkahwinan:

Hukum menghadiri atau memenuhi undangan kahwin itu adalah fardhu `ain iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang kecuali ada sesuatu keuzuran. Tidak dapat menghadirinya disebabkan sakit atau sebagainya, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin, hendaklah kamu menghadirinya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan terdapat satu lagi hadis yang menyebut:

".... dan barangsiapa tidak memenuhi undangan (walimah pernikahan) maka dia telah melanggar perintah Allah dan RasulNya." (Hadis riwayat Bukhari)

Bagaimanapun, kalangan ulama berpendapat bahawa hukum wajib itu bergantung kepada syarat-syarat tertentu.

Pertama: Yang menjemput atau mengadakan kenduri perkahwinan itu orang Islam.

Kedua: Orang yang dijemput adalah menyeluruh tanpa mengira bulu atau kedudukan, yakni tidak membeza-bezakan yang kaya dan miskin.

Ketiga: Jemputan ke majlis perkahwinan itu dibuat secara khusus kepada setiap orang bukan secara umum, sama ada dengan cara menemuinya, melalui kad jemputan atau melantik wakil untuk menjemputnya. Sekiranya jemputan dibuat secara umum seperti berkata atau membuat iklan menjemput penduduk sesuatu tempat itu ke majlis itu, maka tidak wajib menghadiri jemputan berkenaan.

Keempat: Pada lahirnya segala perbelanjaan untuk mengadakan majlis itu daripada wang yang halal.

Kelima: Tidak terdapat di majlis itu orang yang menyakiti orang yang dijemput.

Keenam: Tidak ada di majlis itu sesuatu yang mungkar seperti arak atau majlis tari menari yang haram.

Ketujuh: Tidak ada jemputan yang lebih awal daripada itu.

Kelapan: Tiada sebarang keuzuran yang menghalangnya hadir.

Walahuallam

Sharing is caring..=P


























Sunday, May 22, 2011

(^_^)..Ye ke biLa dAh daPat gaDiNg berTuaH tanDuk suDah tiDak beRguNa lag????i..=P..(^_^)

Ohhhh tidak...JGM 5777 tetap di hati..bnyk kenangan wooo...

Masa OTW balik kampung 17 Mei 2011 masa tu cuti Wesak, tetiba hp bunyi & dapat picture msj dari sape lagi kalau bukan si mamat JB nu..tetiba mikir apa motif dia send pic tu kat aku..aku kusyuk ngat drive malas nak layan lagi maklumla bawak my CLK so paham2 je la kena concentrate lebih la ckit..:P..

Sampai je teratak bonda hbs sakit satu badan layan CLK..harharhar alasan je tu sbb dah lama sebenarnya tak drive jauh..tetiba teringat akan pic yg aku dpt masa duk ralit drive tu..buka la semula tenung punya tenung aku pun terdetik la nak balas sms si mamat tu..aku pun tanya " bakpe mu send pic tu ke aku..ko mu salah send "..dia pun kata saje je send kot2 mu berminat sbb kalau mu dok minat aku nak jual ke saing aku..

Aku pun jadi menung n mikir panjang sepanjangnya mana taknya weii bila urusan main ngan duit ni aku pun mmg mikir panjang la..maklumla aku bukan ada bnyk mana pun duit hok bulis wi..malam tu tdo then tgh mlm tu bgn la semayang hajat & istikarah..tup2 esok pepagi lagi dapat short msj " mung nok ke dok"..terkedu jap tanpa seme2nya aku balas nok ah tp brapo..ermm ok lah rego leh ejas la kalau mu nak rego adik bradik..ayakkkk ingat nak bui free kena beli rupanya..wakakakaak..makhluk mana atas dunia ni nak bg free blako..nak kencing pun lo ni kena bayar 30sen inikan plop nak beli kete..hahahahah.. bincang punya bincang, fikir punya fikir, decide punya decide akhirnya picture tu berjaya menjadi milik aku..fuhhhhhhh habis duit aku..uwaaaaaaaa licin doh saving aku...kena ngumpul semula dah la lepas ni..=p..nasib baik kebetulan balik kg ada beberapa dokumen mmg dah ada dalam hbeg aku..so senang la urusan kami..

Akhirnya selesai urusan seme dan semalam secara sahnya menjadi milik aku..Alhamdullilah & ku bersyukur kepada Mu Tuhan kerana permudahkan segala urusan ku di muka bumi mu ini..Amin..nak bagi nama apa ye kali ni..JGM 5777 dah namakan CLK..JMP 6667 ni nak panggil apa??nanti ah pikir semula..terpaksa amik no family si mamat JB la sbb kalau nak tukar JGM 5777 aku tu kena bawak CLK ke JB..mau rabak pinggang sape kena bwk JGM ke JB..wakakakaka trima je la JMP 6667 pun..hihihihihi..Jom layan pic ah..x tau nak tulis apa dah..:)

p/s: maaf my CLK..rehat kat teratak bonda deh bila free2 suNor balik jengah ye..:P

1st pic aku dapat tru SMS 17 Mei 2011

2nd pic aku dapat masa pagi rabu 18 Mei 2011

so bila dh jadi hak ni kena la amik stiker UMT-
syarat kena la amik pic roadtax utk beli stiker

kasi polish ckit

amboi berebut2 nak cuci yer..:P


akhirnya kilat la kejap kot

tgk la brapa hari tahan
maklumla duk tepi pantai asyik kena
angin airmasin je la..:P
JMP 6667

Friday, May 20, 2011

(^_^)..haRtaku..(^_^)


Bermacam-macam jenis cara & kategori kita boleh namakan harta..Bagi aku buat masa ini aku belum ada lagi harta aku sendiri..Kalau harta orang tua tu banyak la..tak habis nak makan rasanya..tu pun kalau musim buah la..tapi sampai bila la nak harapkan orang tua..aku malu dgn diri sendiri, malu dangan ma sendiri kerana walaupun dah kerja bertahun-tahun masih tidak mampu punya apa2 yang baru untuk diri sendiri apatah lagi nak bagi duit poket bulanan untuk ibu sendiri..kejam & zalimnya aku buat ibu aku macam tu..tapi ma..bukan anak mu ini tidak mahu bagi tapi kebenarannya 3/4 daripada gaji aku digunakan untuk membayar hutang piutang..entah bila la hutang2 itu nak habis aku pun tak tau..kalau difikirkan mau bankrup dh rasanya tapi bak kata pepatah..semut dalam batu pun leh hidup inikan pula kita manusia..

Selagi kita pandai berusaha & cekap berbelanja alhamdulillah akan tetap ada rezeki untuk kita..Kalau diikutkan baki duit aku masih ada dengan kontraktor rumah tambah tolak sebanyak 8K, ini lah kalau kita berlembut sangat dengan orang semua manusia suka la pijak kepala kita.. andai kata dapat duit tu bolehla aku langsaikan hutang mana yang patut..tapi itu semua angan-angan je la entah bila dapat pun x tau la.. 

Sekarang paling komang yang aku ada ialah sebuah kereta usang yang telah berumur 9 tahun iaitu my sweet Cute Little Kancil (CLK)..JGM 5777..CLK sgt2 berjasa buat aku dari start aku blajar sampai la ke hari ini..aku sanggup berlapar, berjimat cermat semata-mata nak pakai kereta ini & dengan menggunakan PTPTN pertama aku untuk bayar muka kancil sebanyak RM2500..Masa tu tahun 2002, RM2500 sangatlah tinggi nilainya..skrg ni nak beli kete kebanyakkan tak perlu bayar muka dah leh buat full loan je bagi yang kerja gomen mcm aku ni. Dah lama rasanya tak drive kancil ni jauh2.. tapi masa cuti wesak baru ni decide nak balik kg dgn kancil..Alhamdulillah selamat sampai dengan selamat & masih kukuh & kuat rupanya kancil aku ni..Banyak kali aku berjanji dgn CLK nak rawat kulit-kulit dia yang menggelupas tu dgn rewardkan kulit baru pada dia..tapi duit yg sepatut aku peruntukkan untuk kulit baru CLK terpaksa aku guna beli radio kereta dlu..so takpe lah CLK bertahan menggelupas sikit2 je kan..nanti bila dah ada modal suNor tukar baru kulit awak yer..=P

Kadang-kadang aku terfikir dan aku rasa aku mampu untuk dapatkan kereta yang baru tapi aku harus bijak berkira-kira kerana aku rasakan banyak lagi duit yang aku perlu gunakan untuk kepentingan yang perlu diutamakan..entah apa keutamaannya aku pun tak tau la..menanggung hutang sana sini ada la kot..:)..takpe la kancil pun kancil lah janji dapat gerak pi balik kerja pun jadilah wahai sang kancil ku sayang...kalau nak compare aku ni nama je pegawai sains gelaran kami (C41 sampai pencen) tp pakai sang kancil je..kalau nak banding ngan kawan2 kerja cikgu ke, kerani ke, penolong ke semua pakai kereta best2..mungkin rezeki mereka berkat & tanggungan mereka kurang kot..aku seme mende nak kena cover so apa lagi ukur baju di badan sendiri je la yer..jgn nak banyak kerak dari nasi lak..tul tak????

Tapi beberapa malam ni, aku kerap bermimpi..Mimpi yang menakutkan dan membuatkan aku tersedar lalu bangkit untuk sujud kepada Tuhan & ada juga mimpi yang menggembirakan aku..apakah maksud disebalik mimpi-mimpi aku itu???? Aku tidak pandai nak tafsir2 mimpi ni. Apa yang aku tau buat hanyalah beristigfar banyak-banyak agar mendapat petunjuk dari yang Maha Kuasa..

Jom kita tgk picture betapa gagahnya lagi my CLK ni..thanks CLK..sayang kamu sangat-sangat..ingatlah suNor takkan jual kamu..tak bermakna nnt suNorr beli kereta baru suNor dah tak sayangkan kamu yer..suNor rela kamu jadi tukun di teratak bonda daripada suNor jual kamu..Ok sayang berehat kat kampung puas-puas yer lalink..kalau suNor rindu nanti suNor balik jengah kamu.. love you muahhhxss..muahhhxsss..muahhhxsss....ku akan sentiasa merinduimu lalink CLK...ding dong..adios..Bye Bye Bye

my CLK masih gagah perkasa
walaupun kulit dah start menggelupas..
walaupun suNor dah beli yang baru
tak bermaksa suNor dah tak sayangkan kamu yer..=P

jgn ingat suNor tinggal kamu
yang suNor dah tak sayangkan kamu yer
kalau windu ada la alasan suNor nak
balik kg nnt jenguk kamu..=)
5 Dec 2009- Masa ni tukar alarm baru utk CLK

Inilah alarm baru CLK: hukhukhuk
bunyinya sgt nyaring wooo...


Thursday, May 19, 2011

(^_^)..YuYu Yaacob biG day- koNvo..(^_^)


Today is yuyu yaacob convocation..19 Mei 2011..

20 jari Kak Nur susun Yu, even Kak Nur pernah berjanji akan hadir hari bahagia Ayu ini..Maaf bebanyak Kak nur pinta Yu.. Kak Nur tidak berkesempatan untuk sama-sama meraikan kejayaan Ayu ini even baju yang sepatutnya Kak Nur pakai masa konvo Ayu dah pun siap tempah...

Today is ur BIG DAY..CONGRATULATION YUYU YAACOB..Kak Nur mampu menyaksikan dari kejauhan dan Kak Nur doakan agar Ayu gembira meraikan bersama-sama famili terchenta. Kak Nur harap lepas ni Ayu dapat kerja yang setimpal dengan apa ilmu yang Ayu pelajari selama ini..Doa Kak Nur sentiasa untuk kejayaan Ayu..sekarang Ayu selangkah ke alam dewasa & seterusnya meneruskan perjuangan famili Ayu serta mencorakkan kehidupan Ayu untuk masa akan datang..I'm proud be part of ur famili & ur Sister in law..Kak Nur takder adik dan Ayu serta adik-adik yang lainlah merupakan adik kak Nur..ingatlah dengan kejayaan bergraduasi inilah seorang anak itu mampu membuatkan seorang ibu tersenyum lebar & bangga mempunyai anak yang bijak pandai dalam menuntut ilmu duniawi & akhirat..

*Bila Ayu datang Terengganu sambung lesen kereta nanti, Kak Nur belanja Ayu sempena hadiah konvo ni yer..Terimalah dulu sejambak bunga yang tidak seberapa dari Kak Nur..Kak Nur mampu kirim bunga dan harap Ayu suka akan bunga itu..Tahniah Yu..

Tahniah Nor Hidayu Mat Yaacob

1 day before Yuyu Big Day
Her cousin, Ira Kyra celebrate Yuyu Big Day with steamboat

Yuyu with her BFF- Diana.
Na, awat nmpk chubby ckit..
jgn marah ye knur gurau jer.

Yuyu with part of her famili
Mom & brother


Wednesday, May 18, 2011

(^_^)..teRatak Qaseh BoNda..(^_^)


17 Okt 2009
Rumah peninggalan arwah nenek mula dirobohkan
Wujudnya teratak ini sebelum aku dilahirkan lagi..mungkin usia teratak lama bonda & arwah ayahanda ini sudah pun berusia puluhan tahun..lebih kurang 40 tahun usianya..akhirnya kami beberapa orang adik beradik sepakat untuk mendirikan sebuah teratak baru buat bonda yang selama ini telah banyak menabur budi dalam mendidik kami 11 orang adik beradik tanpa seorang suami di sisi & ayah buat kami semua..setiap kali pulang ke kampung terlalu banyak kenangan ligat bermain dalam kepala aku..aku sangat-sangat rindukan saat2 di mana kami sama2 membesar dlu diteratak lama bonda..
17 Okt 2009
Tinggal kenangan
Bonda..saat aku kesusahan..hanya wajahmu yang mampu membuang segala kesedihan & keserabutan yang bermain di kotak fikiran ku..thank you Allah kerana menganugerahkan aku seorang ibu yang bernama Wan Jah Wan Othman di mana insan ini tanpa penat & lelah walaupun telah berusia 68 tahun mendidik & membimbing kami sampai saat ini tanpa jemu & lelah..Dialah semulia manusia di sisi kami sekeluarga..aku tidak dapat membayangkan ketiadaan insan ini dalam hidup kami nanti..biarlah aku pergi dulu sebelum Ma ku pergi kerana aku tidak sanggup kehilangan beliau..cukuplah keperitan aku membesar tanpa seorang Hero bergelar ABAH..yang mana aku tidak berkesempatan menghadiahkan ABAH akan segala kejayaan aku di dunia..Abah tidak sempat melihat aku berjaya & gagal dalam hidup tapi aku bertuah kerana masih punya Ma yang aku boleh hadiahkan kejayaan aku tapi aku juga hadiahkan Ma kegagalan & kesedihan aku..Maafkan Nor ..Ma..Nor tiada niat untuk sedihkan diri Ma saat di mana ketika ini Ma perlu bergembira disaat-saat akhir ini..tapi sebaliknya Nor menghadiahkan Ma dengan sejuta kekecewaan & kesedihan..Ampunkan Nor.. Ma..Nor nak hidup lama lagi dengan Ma..


Ya Allah..panjangkan lah usia ibuku dan seluruh ahli keluarga ku..AMIN


Inilah sedikit gambaran teratak baru bonda..teratak baru ini telah di amanahkan kepada abg aku di JB & teratak lama bonda amanahkan kepada aku untuk menjaganya..thanks Ma kerana sampai saat ini Ma masih lagi ingin berkongsi harta Ma kepada SuNor yang tidak punya apa2 harta lagi di dunia ini..hanya punya sebuah kereta kancil JGM 5777 untuk ulang alik kerja sahaja...thanks Ma...Jasamu hanya Allah yang boleh membalasnya..

TERATAK QASEH BONDA


18 Mei 2011
After 1 tahun
Siap sepenuhnya di tapak yang sama


Hadiah anakanda buat bonda terchenta

Teratak baru di amanahkan kpd abgku di JB
Teratak lama bersambung teratak baru
Terbinalah Teratak Qaseh Bonda

Teratak lama yg bonda amanahkan kpd aku
Thanks bonda
akan sunor pastikan famili kita sentiasa menceriakan
rumah peninggalan ini sebaik mungkin
TERATAK QASEH BONDA






(^_^)..missing ANGELINA a lot..(^_^)



Mcm mana la dengan angelina malam ni yer..buat perangai ke tak agak2nya dia..serasi ke dia kat umah org tu..masuk kali ni dh 2 kali angelina kena tinggal sekor2 tp ni baru 1st tyme pi tinggalkan dia umah kawan..sblm ni tinggal kat umah je sbb sekejap je pun..kali ni lama sikit sbb suNor ada hal perlu disetelkan.. 2 3 malam sblm ni bnyk tido dgn dia je..angelina seolah memahami apa yang tuan dia sedang alami sbb terover la manja lately ni..tetiba malam ni suNor sgt2 teringat akan dia yg duk manja jilat muka sana sini jer..gigit jari sana sini...oh angelina..suNor harap angelina ok ye..duk elok2 rumah org tu jgn buat perangai..jgn notty notty yerr...nanti dah balik Terengganu suNor g amik awak cepat2 yer...ni baru anak kucing aku dah windu sesangat..nnt kalau anak aku kuar tak tau la mcm mn nak berpisah kalau dh kena outstation ke apa ke..hope seme nanti leh setel je ye dgn mudah..insya-allah..tgh duk layan pic angelina manja2 ni.. wahhhh ibu windu bangat sama kamo la angelina..jom layan aksi angelina beramas mesra yer...=P

org sibuk nak study dia sibuk nak bertenggek jerrr..

tyme ni nak org nak baca buku tyme ni la dia pun nak baca..
ada nak kena jentik gak ni..

org nak rest dia sibuk gak la nak tdo atas dada..

ni hok angelina paling suka jilat muka..
aduhh geli la sayang oiii..kan ibu lesing kan nak???

saya ngantuk la ibu ..
nak cari port yg best nak tito ni kat mana yer???
atas ibu aci tak!!!!

Monday, May 16, 2011

(^_^)..peYut menGeraS..(^_^)

aduhhhhh..duhhh..duhhh...
today terpaksa bangun awal ...
tak tau nape semlman peyut ni mengeras jerrr..
ari-ari pun semcm kejang jer..
sentuh je senokkkk..
ermmm..
aduhhhh..
awat ni..
Ya - ALLAH..
permudahkan segalanya...
jauhkan dari perkara yg tidak di ingini...
Amin..

(^_^).. hePi teacHer's daY.. (^_^)

moRning everybody..today 16 Mei 2011..merupakan HARI GURU buat semua cikgu-cikgi yang ada di mukabumi TUHAN ni..So suNor nak thankfull kat semua cikgu-cikgi yang mana pernah mendidik suNor dari umur suNor 4 tahun sampai la sekarang berumur 29 tahun  3 bulan 2 minggu 6 hari ni..dan juga pada cikgu cikgi yang bakal mendidik suNor lagi untuk masa akan datang sampai la suNor tutup mata dari bumi TUHAN ni..suNor takkan bosan dalam menimba ilmu-ilmu yang bakal cikgu cikgi semua berikan pada suNor nanti..thanks sesangat kerana cikgu cikgi inilah yang membolehkan suNor sekarang memegang jawatan as Pegawai Sains di UMT..Jasa kalian lah yang menyebabkan saya mengenal ABC sampailah suNor memegang segulung ijazah...Anda semua amat2 berjasa kepada suNor..Thanks CIKGU & CIKGI..Jasamu amat ku kenang..hanya TUHAN yang mampu membalas jasa kalian..Thanks..

 SELAMAT HARI GURU 2011


Sunday, May 15, 2011

(^_^)..Kenapa MEREKA Masih Solo???.. (^_^)



Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.

Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.

Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.

Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.

Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.

Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.

Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.

Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.

Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.