Wednesday, May 4, 2011

(^_^)..Naluri seorang iSteri ..(^_^)

Hargailah ‘permata’ yang tersimpan di rumah

Tangisan seorang wanita
NALURI seorang isteri cukup kuat. Terdetik apa sahaja tentang suami, dada mereka berdegup kencang. Kalau ada yang buruk bakal menimpa suami, sumbang langkah suami, mereka yang akan mendapat petanda terlebih dahulu, itulah kelebihan wanita bernama isteri.

Sebab itu saya katakan naluri isteri ini cukup kuat. Jangan cuba menipu, lambat laun mereka tahu juga. Tidak esok lusa, minggu depan, malah bertahun-tahun pun, satu hari kebenaran akan terbukti.

Pesanan saya, gunakan masa yang terluang untuk mencurahkan segala perhatian dan kasih sayang kepada keluarga khususnya pasangan hidup masing-masing. Pertahankan kesetiaan, gandakan kasih sayang dan berkongsi apa sahaja dalam kehidupan yang ada sehingga nafas terakhir.

Mengundur diri, sepatah kata buat renungan bersama. Jika seorang isteri mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi suami, segeralah menghampiri dan membantunya supaya hatinya menjadi senang dan bebannya menjadi ringan. Kiranya itulah yang dilakukan setiap isteri, pasti suami merasakan bahawa di rumahnya ada sebutir batu permata yang amat berharga, bahkan lebih berharga daripada seluruh permata yang ada di dunia ini ...(aku bukan wanita itu).


ARKIB UTUSAN MALAYSIA 7/12/2007

- wanita ini bukanlah golongan wanita/isteri yang baik kerana sering mengusahkan kehidupan orang sekeliling..percayalah naluri seorang perempuan bergelar isteri sentiasa inginkan belaian kasih sayang dari siapa sahaja dari celik matanya sampai tertutup matanya..andai sebelum ini, wanita ini banyak menyusahkan siapa sahaja biarlah TUHAN sahaja yang membalas segala kebaikkan kamu itu kerana wanita ini tidak punya apa-apa yang mampu membuatkan KEHIDUPANMU bahagia..wanita ini tidak mampu untuk BERKORBAN memberi kebahagian, keperluan & kehendak yang diingini oleh mereka yang sangat disayangi...mungkin sedikit sebanyak wanita ini cuba mengumpul PENGORBANAN itu walaupun hakikatnya hati wanita ini hancur lebur janji kebahagiaan itu milik dirimu suatu hari nanti..dari kejauhan wanita ini DOAKAN kebahagiaan milikmu suatu hari nanti kerana wanita ini tidak pernah terdetik untuk membenci dirimu walaupun untuk selamanya..itulah yang dinamakan ajal maut, jodoh pertemuan di tangan TUHAN..kita hambaNYA hanya mampu merancang selebihnya kehendak ILLAHI...WALLAHUALLAM

No comments:

Post a Comment