Friday, May 20, 2011

(^_^)..haRtaku..(^_^)


Bermacam-macam jenis cara & kategori kita boleh namakan harta..Bagi aku buat masa ini aku belum ada lagi harta aku sendiri..Kalau harta orang tua tu banyak la..tak habis nak makan rasanya..tu pun kalau musim buah la..tapi sampai bila la nak harapkan orang tua..aku malu dgn diri sendiri, malu dangan ma sendiri kerana walaupun dah kerja bertahun-tahun masih tidak mampu punya apa2 yang baru untuk diri sendiri apatah lagi nak bagi duit poket bulanan untuk ibu sendiri..kejam & zalimnya aku buat ibu aku macam tu..tapi ma..bukan anak mu ini tidak mahu bagi tapi kebenarannya 3/4 daripada gaji aku digunakan untuk membayar hutang piutang..entah bila la hutang2 itu nak habis aku pun tak tau..kalau difikirkan mau bankrup dh rasanya tapi bak kata pepatah..semut dalam batu pun leh hidup inikan pula kita manusia..

Selagi kita pandai berusaha & cekap berbelanja alhamdulillah akan tetap ada rezeki untuk kita..Kalau diikutkan baki duit aku masih ada dengan kontraktor rumah tambah tolak sebanyak 8K, ini lah kalau kita berlembut sangat dengan orang semua manusia suka la pijak kepala kita.. andai kata dapat duit tu bolehla aku langsaikan hutang mana yang patut..tapi itu semua angan-angan je la entah bila dapat pun x tau la.. 

Sekarang paling komang yang aku ada ialah sebuah kereta usang yang telah berumur 9 tahun iaitu my sweet Cute Little Kancil (CLK)..JGM 5777..CLK sgt2 berjasa buat aku dari start aku blajar sampai la ke hari ini..aku sanggup berlapar, berjimat cermat semata-mata nak pakai kereta ini & dengan menggunakan PTPTN pertama aku untuk bayar muka kancil sebanyak RM2500..Masa tu tahun 2002, RM2500 sangatlah tinggi nilainya..skrg ni nak beli kete kebanyakkan tak perlu bayar muka dah leh buat full loan je bagi yang kerja gomen mcm aku ni. Dah lama rasanya tak drive kancil ni jauh2.. tapi masa cuti wesak baru ni decide nak balik kg dgn kancil..Alhamdulillah selamat sampai dengan selamat & masih kukuh & kuat rupanya kancil aku ni..Banyak kali aku berjanji dgn CLK nak rawat kulit-kulit dia yang menggelupas tu dgn rewardkan kulit baru pada dia..tapi duit yg sepatut aku peruntukkan untuk kulit baru CLK terpaksa aku guna beli radio kereta dlu..so takpe lah CLK bertahan menggelupas sikit2 je kan..nanti bila dah ada modal suNor tukar baru kulit awak yer..=P

Kadang-kadang aku terfikir dan aku rasa aku mampu untuk dapatkan kereta yang baru tapi aku harus bijak berkira-kira kerana aku rasakan banyak lagi duit yang aku perlu gunakan untuk kepentingan yang perlu diutamakan..entah apa keutamaannya aku pun tak tau la..menanggung hutang sana sini ada la kot..:)..takpe la kancil pun kancil lah janji dapat gerak pi balik kerja pun jadilah wahai sang kancil ku sayang...kalau nak compare aku ni nama je pegawai sains gelaran kami (C41 sampai pencen) tp pakai sang kancil je..kalau nak banding ngan kawan2 kerja cikgu ke, kerani ke, penolong ke semua pakai kereta best2..mungkin rezeki mereka berkat & tanggungan mereka kurang kot..aku seme mende nak kena cover so apa lagi ukur baju di badan sendiri je la yer..jgn nak banyak kerak dari nasi lak..tul tak????

Tapi beberapa malam ni, aku kerap bermimpi..Mimpi yang menakutkan dan membuatkan aku tersedar lalu bangkit untuk sujud kepada Tuhan & ada juga mimpi yang menggembirakan aku..apakah maksud disebalik mimpi-mimpi aku itu???? Aku tidak pandai nak tafsir2 mimpi ni. Apa yang aku tau buat hanyalah beristigfar banyak-banyak agar mendapat petunjuk dari yang Maha Kuasa..

Jom kita tgk picture betapa gagahnya lagi my CLK ni..thanks CLK..sayang kamu sangat-sangat..ingatlah suNor takkan jual kamu..tak bermakna nnt suNorr beli kereta baru suNor dah tak sayangkan kamu yer..suNor rela kamu jadi tukun di teratak bonda daripada suNor jual kamu..Ok sayang berehat kat kampung puas-puas yer lalink..kalau suNor rindu nanti suNor balik jengah kamu.. love you muahhhxss..muahhhxsss..muahhhxsss....ku akan sentiasa merinduimu lalink CLK...ding dong..adios..Bye Bye Bye

my CLK masih gagah perkasa
walaupun kulit dah start menggelupas..
walaupun suNor dah beli yang baru
tak bermaksa suNor dah tak sayangkan kamu yer..=P

jgn ingat suNor tinggal kamu
yang suNor dah tak sayangkan kamu yer
kalau windu ada la alasan suNor nak
balik kg nnt jenguk kamu..=)
5 Dec 2009- Masa ni tukar alarm baru utk CLK

Inilah alarm baru CLK: hukhukhuk
bunyinya sgt nyaring wooo...


No comments:

Post a Comment