Friday, May 27, 2011

(^_^)..Bacaan Yasin, taHliL & soLat haJat..(^_^)


Today ku dambakan sepenuh diriku kepada famili ku di kampung..terutama my mom yang hanya mengharapkan anak2 untuk membawa beliau ke sana ke mari..so arini aku menjadi driver sepenuhnya kepada bonda tersayang..Start dari pagi ke Amanah Raya,KB, setel segala bagai pertukaran nama tanah & rumah..Aku kadang terasa malu & bersalah sbb bonda mampu memberikan aku tanah tapi aku masih belum mampu berikan bonda apa-apa melainkan masalah...terasa sedikit kesal dgn diri sendiri..=(


Setel urusan amanah raya, bonda ingin memuaskan nafsunya dgn bershopping barangan hadiah utk diberikan kepada pengantin-pengantin baru yang bakal melangsungkan perkahwinan dlm cuti sekolah bermulanya besok..Mulanya kami bercadang untuk ke Pasaraya MYDIN, tp sbb aku tersesat maklumla lama giler dah tak drive ke KB & jalan pun bnyk yang dah berubah..lainla kalau campak aku kat KL insya-allah lebih mahir nak compare dr KB..erkkkkk..so kami decide ke pasaraya PKT je di Kedai Piah, then berenti pula di kedai kain ASMADI Kok Lanas..Pendek kata penuh la satu bonet kete bonda borong barang-barang keperluan dia..=)


Selesai shopping di PKT

DEstinasi ke 3
Kedai Kain ASMADI, Kok Lanas

pilih jgn tak pilih

Gelagat Bonda memilih barangan..:P

Sesampai je di rumah pun dah tghari, kami rest jap then sementara aku nak wait solat asar aku mula bungkus2 hadiah bonda tersebut, jenuh & sangat la penat sbb terlalu banyak..itu pun x semua aku bungkus sebab ada kerja lain yang perlu aku setelkan sebab malam ni kami akan adakan tahlil untuk arwah abah..AL-FATIHAH & Moga ABAH digolongkan di kalangan orang-orang beriman..AMIN



Antara hadiah-hadiah yang sempat aku bungkus
Selebihnya sambung besok la yerr.
Penat bnyk sgt..:)

Start pukul 6pm, kak long & kak cik sedang bersiap-siap memasak makanan untuk majlis tahlil. Menu majlis tahlil cuma nasi minyak lauk daging & ayam kurma, acar timun, sambal, buah pisang & air mineral je..Aku sekadar tolong kacau & bungkus2 makanan itu ke dalam polisterin & plastik sahaja..Sejak akhir-akhir ini kami memang bungkus & buat tahlil di masjid sahaja sebab tak cukup kakitangan nak handle kat rumah..kalau buat kat rumah bnyk kena prepare pinggan mangkuk, basuh & kemas lagi selepas majlis..So untuk mengelakkan diri dari penat kami mengambil keputusan buat nasi bungkus je dan agihkan kepada semua jemaah yang hadir..


Gulai Kurma Ayam

Packing siap-siap
Nasi minyak + Gulai Kurma Daging & Ayan + Acar + Sambal

Alhamdulillah malam jumaat yang mulia ini aku juga sempat ke masjid dan sama2 berjemaah isyak, menbaca surah Yasin, bersolat hajat & bertahlil sesama penduduk kampungku..Majlis tahlil berjalan dengan lancar & Alhamdulillah semua makanan habis di bawa pulang oleh jemaah2 masjid..


Aku berharap suatu hari nanti aku jugak sempat untuk bersedekah & mengadakan tahlil serta solat hajat untuk arwah abah..Insya-Allah kali ni turn Kak Ct bersedekah lainkali jika di izinkan Tuhan dan punya kewangan yang lebih akan sampai juga seru untuk aku bersedekah..Moga-moga aku sempat melakukannya..INSYA-ALLAH


Besok aku dan bonda bercadang untuk ke Pusara Arwah Abah & membersihkan rumput-rumput sekitar pusara arwah..last aku menziarah pusara arwah pada Hari Raya Puasa 2010..Moga kali ini aku punya kekuatan untuk ke sana & sedekahkan bacaan Yasin untuk arwah..

AMIN..



No comments:

Post a Comment