Wednesday, April 20, 2011

Warkah untuk KAMU sayang..

Sayang,

Proses KAMU
Andai ibu diberi kesempatan untuk merasai nikmat ITU..
Nikmat mengandung,
Nikmat melahirkan anak,
Nikmat membesarkan anak,
Nikmat menyusukan anak,
Nikmat memberi didikan agama yang secukupnya, hanyalah ke jalan ALLAH..
Ketahuilah olehmu sayang bahawa ibulah insan yang paling gembira dan bahagia dimuka bumi ini...

Ibu sanggup sayang,
Sanggup untuk gadaikan & tukarkan NYAWA ibu demi mu..
Sanggup untuk berhabisan segala HARTA benda yang ibu ada demi mu..
Sanggup untuk tahankan KESAKITAN yang ibu terpaksa lalui hanya semata-mata ingin perjuangkan mu..
Sanggup untuk BERLAPAR demi mu..
Kesanggupan ibu ini mengatasi segala-galanya sayang..
Penat lelah ibu ketepikan demi berikhtiar untuk mendapatkan mu sayang..

Andai KAMU ADA sayang,
Ibu akan sorok segala penat lelah ibu..
Ibu akan simpan setiap KEDUKAAN ibu sepanjang ibu perjuangkan KAMU..
Kerna ibu tidak mahu KAMU tahu
betapa SUKARNYA ibu lalui hari demi hari hanya untuk perjuangkan KAMU..

Apa yang ibu ingin lakukan ..
Hanyalah MEMBELAI KAMU sayang..
MENDODOI KAMU..
Memberi KASIH SAYANG secukupnya…
Sepanjang hidup ibu..

Tapi..
IBU AKUR SAYANG...
Ibu belum diberi peluang untuk merasai semua ini lagi..
Ibu berharap..
Berharap & akan terus berharap
Memohon & akan terus memohon..
Yang suatu hari nanti,
KAMU ada untuk ibu..

Amin

No comments:

Post a Comment