Tuesday, April 26, 2011

2 beRita =(

Pagi ini, 2 berita ku terima...seorang sahabat mengadu melalui telefon & seorang melalu YM..apa yang mampu aku lafazkan bersabar kawan..kelu lidah ku untuk terus berkata-kata lagi...
Ku bersujud mohon dijauhkan derita itu..

berita 1:
Ayat-ayat kak N membuatkan airmata ku mengalir laju..
"tiha... kak N disahkan melalui SMS je & jodoh kak N tak panjang dan kak N redha.."
Ya Allah..kuatkan & tabahkan hati kak N & anak-anak..
aku kelu..terdiam seribu bahasa ..esakan tangisan kami sahaja kedengaran..
betapa kuatnya kamu kak N untuk lalui semua ini di hari mendatang...

beRita 2:
Ayat-ayat kak D yang menambahkan kepiluan di hatiku..
kak D & aku mempunyai nasib yang sama..kami melakukan treatment yang sama dan hari ini katanya dia dah tak cukup kuat untuk semua ini..semlm 25 April 2011 sepatutnya proses untuk dia melakukan ET di  hospital tapi Tuhan masih ingin menguji mereka sekeluarga..E mereka tdk dpt di transfer kerana E mereka pecah..Ya Allah ujian Mu pada hamba Mu pelbagai..tabahkan hati kak D dalam menempuh hari-hari mendatang..macam mana pulak dengan nasibku?????mcm mn dgn treatmentku akan datang????

Berita-berita sebegini membuatkan aku terfikir & merenung nasib aku hari mendatang..adakah aku mampu sekuat mereka????semoga Ya Allah engkau pertambahkan kekuatan kepada aku..ku Mohon....amin

No comments:

Post a Comment