hati menangis tak siapa yang tau...ermmmm patut pun arini 18 Nov 2011 rasa resah gelisah jer kat umah seharian... di tambah dgn sakit kepala dr pagi lagi..rupanya genap setahun sudah proses tersebut aku alami..di mana tarikh ini merupakan hari raya korban ke 2 sethn yang lepas...satu keputusan yang sangat besar aku dengar & harus terima ..cukup pantas masa itu berlalu..bahang & detik2 kesakitan itu masih segar dlm memori..seolah2 sgt2 bertaubat taknak dah lalui proses yg sangat menyakitkan itu..tapi kata orang belum cuba belum tau bagaimana sakitnya prosedur itu..tapi kekuasaan Allah mengatasi segalanya..hambanya yang lemah ini masih lagi diberi kesempatan utk terus bernafas & meneruskan kehidupan walau terpaksa mengharungi beribu pertanyaan & persoalan...hanya di KAU yng mengetahui apa yg tersirat & tersurat di jiwa ku..hati menangis tak siapa yang tau...thanks GOD atas sgala kurniaan ini..
"Sekilas Pandang..Selingkar Kisah" "Mencintai dunia bisa mematikan hati, Mencintai manusia bisa hilang pedoman dan nyawa tanpa kita disedari, Mencintai hartabenda bisa hilang harga diri, Mencintai kecantikan bisa membutakan mata ini, Mencintai Allah dan Rasulullah, itulah cinta sejati dan hakiki, cinta yg akan menyelamatkan kita di akhirat kelak, cinta yg akan membawa kita sampai mati...."

Showing posts with label eRti seBuaH keSakiTaN. Show all posts
Showing posts with label eRti seBuaH keSakiTaN. Show all posts
Friday, November 18, 2011
Monday, August 8, 2011
( ^_^)..sAkitnYa..(^_^)
8 Ramadhan 1432H
Ya Allah sakitnya..
Tak tahan dah ni..
Sakit sampai nak duduk xleh ..
Nak berdiri lagi la..
Terduduk dh rasanya..
Terguling2 sbb x tahan sgt2 dah..
Lenguh habis seluruh badan..
Rasa pelik sgt sakit kali ni..
Keras semacam jer..
Minyak2 seme dah sapu..
Ni first time after peristiwa 1 Jun 2011..
Naper ni..aduhhhh..aduhhhhh..
Tolong la..
Tolong la..sakit sgt2 ni...
Siapa boleh tolong suNor???!!!!!
Hanya...
ALLAH...
Ya Allah ..
Bantu hambaMu yg dlm kesakitan ni..
Ya Allah..
Ku merayu PadaMU..
Wednesday, August 3, 2011
(^_^)..aLaHaN teRuk..'Eosinophilia'??!!!!!!..(^_^)
tgk jam dah nak kul 4pm, break jap lah ngadap monitor susun buku molaska ni, dari lps sahur lagi duk ngadap.. nak pi PKU aka Pusat Kesihatan Universiti jap untuk mendapatkan rawatan sbb tak tahan dah nak tanggung..hbs segala minyak & krim aku sapu sblm ni tp x tahan juga..serangan kali ni boleh dikatakan teruk gak..dah seminggu x ilang2 ..nak tak nak Doc terpaksa inject jugak la sejarum sbb dia tgk teruk sgt dah alahan pada kulit kaki & tangan & bacaan tekanan darah pun sedikit rendah arini..bukan ke mmg tekanan darah aku g2 dh dr dlu lagi.. rendah je manjang..x padan dgn body..Doc bgtau "awak ada 'Eosinophilia' ni"..cepat-cepat aku tnya mende apa tu Doc???!!!..dia pun kata tu bahasa sains kalau bahasa kita gak kulit aku alahan & sensitip kepada mende2 kotor, berhabuk, air tak bersih or bnyk clorin..ermmm termenung aku kejap..berlegar2 dlm kepala aku maybe kesan sampling last week kot...ermmmm mungkin juga..sbb duk main mangrove & tdo dlm cabin yg penuh dgn habuk 5 hari jugak.. sbb tu aku rimas kalau tgk rumah & opis berhabuk & sepah..x senang duduk jadinya..tu salah satu faktor pun ye juga tp mmg aku sakit mata kalu mandang mende bersepoh sana sini..hok letih pun jadi ilang.. letih mcm2 mn pun nak jugak kemas dlu rumah kasi clear baru betul2 rest..apala nasib badan aku ni..sekarang mata dah lali2 kesan dari ubat doc inject td..dpt 1 pack vitamin C, 1 pack ubat alergic telan & 1tube Econazine suh sapu... psssttttt..psssttt... smart gok poseng doc tadi..mcm2 kami bual..terutama pasal keje aku..hahahaha bual2 kosong je td sbb patient pun xdop..maklum la bulan pose & student pun cuti sem lg..waktu berbuka pun lambat lagi..apa kata ZzzzzZzzzzz dlu lah sebelum pi majlis berbuka puasa kelab INOS arini kat BBSeafood..jgn x terbgn dh lerr..so dapur off la arini..maybe 3 hari gak kot off sbb hubby pun takder ke KL..
![]() |
ala2 mcm ni dah kaki saya..huhuhuhu |
adiosss...
daaaa...
Wednesday, June 29, 2011
(^_^)..28days/ 4 minggu/ 1 bulan..(^_^)
pejam celik pejam celik kejap je masa berlalu..i really really really miss you..
dah 28 days means 4 minggu/ 1 bulan awak meninggalkan ibu..kalau awak ada skrg...
awak dah 3 months in my tummy..
janin berusia 3 bulan |
OMG 3 months!!!! masa ni awak dh start nak membentuk kalau umur awak panjang.. tetiba ibu terasa sebak/ sayu/sedih bila teringat akan awak..laju je ianya gugur di pipi ibu..maafkan ibu...maafkan ibu..ibu bukan sengaja..ibu cuma tunggu 2 hari je lagi utk berita gembira ini & berjumpa doctor utk mengesahkan akan kehadiranmu & juga menunggu abah pulang yang outstation pada ketika itu.. seandainya semua ini tidak berlaku..berita kehadiran awak merupakan hadiah Anniversary ke 5 buat ibu & JANUARI 2012 bakal memberi sejuta makna buat kehidupan ibu kerana kita bakal menyambut birthday di bulan yg sama..Kehadiran awaklah yang ditunggu-tunggu selama 5 thn ibu bergelar seorang isteri..tetapi Allah lebih sayangkan awak..YA ALLAH..cukup kuat/ besar ujianMU pada diriku..ibu harus terus kuat utk meneruskan kehidupan ibu tanpa awak di sisi lagi..Insya-Allah dgn izin dariNYA ibu akan diberi kesempatan lagi mengendong pengganti dirimu & mengubat kesedihan/ kepedihan/ kesayuan di hati ibu..
miss you baby..miss you so much..
sob..sob..sob..
YA ALLAH kurniakanlah pengganti dirinya kepada ku suatu hari nanti..
AMIN..
Sunday, June 12, 2011
(^_^)..waJaH meReka yg MeMbaNtu saYa..(^_^)
Berjuta-juta thankful buat mereka semua..Tanpa mereka tak taulah apa akan jadi ngan aku pada malam kejadian..Merekalah penguat semangat aku..mereka datang berkampung di rumah sementara menunggu En. Suami sampai..membantu aku dari segenap segi..yang aku ingat mlm tu..ada yang sapu minyak, suh makan ubat, suh minum, suh makan, ada yang urut kaki, ada yang tungku perut & ada juga yang menenangkan aku yang hanyut dlm kesedihan..& ada yang sama-sama bersedih dgn aku atas "kehilangan" itu..dia juga insan yang mempunyai nasib yang sama dengan aku...SEDIH????? manusia mana yang tidak sedih di atas "kehilangan".."kehilangan" yang selama ini ditunggu, diusaha, dicuba, diikhtiar, disakiti & disabarkan.. dgn hanya satu harapan..harapan akan mempunyai "kehilangan" itu ..tapi semua kuasa DIA..Dia maha merancang sesuatu untuk hambanya..siapa sangka semua ini akan terjadi..dgn sekelip mata aku "kehilangan".."kehilangan" yang tidak tau bila bakal berganti lagi..aku pasrah padaMu Ya Allah..
KUN FA YA KUN...
Ya Allah jangan KAU uji aku diluar kemampuanku..
Sesungguhnya aku teramat beruntung memiliki insan-insan yang cakna akan persekitaranku..tapi, sampai bila?????andainya mereka habis belajar????mcm mana???..dah takder siapa yang tinggal kat sini..mereka yang lain juga punya famili sendiri..punya urusan sendiri yang perlu di selesaikan..dan aku????nak harapkan famili aku??semuanya jauh..semuanya dah tua..sukar utk bergegas & kalau smpi pun pastinya lambat..tatkala aku sangat-sangat memerlukan keluarga tetapi ALLAH telah amanahkan insan lain untuk membantu aku..sesungguhnya pertolongan itu datang dari ALLAH maka sesiapa yang Allah tentukan nanti aku terima seadanya..mereka semua sebahagian daripada famili aku juga..famili sesama islam..Thanks GOD menghadiahkan mereka ini disisi saya tatkala saya sgt memerlukan.. tanpa jemu mereka membantu..memasak..membeli..menghantar..melayan..mengemas..menasihat & segalanya..Hanya ALLAH yang mampu membalas jasa baik kalian semua.. Thanks GOD anugerahkan en. Azam di sisi saya sebagai suami..Thank You so much en. Azam kerana membantu saya..Hanya Allah jugalah yang mampu membalas segala pertolongan & kebaikan yang suami saya berikan..Amin
Thanks SEMUA
tiha sayang kamu semua...
Inilah mereka ..
![]() |
Mr. Azam Teman tapi Mesra |
![]() |
Cik Hara hara: "saya takde kakak..leh kaktiha jadi kak saya??" tiha: "saya pun takde adik..leh hara jadi adik ktha??" we sob sob sob together2 thanks hara (nurse & chef) |
![]() |
Mr. Roy (merangkap driver ke klinik pd mlm itu) |
![]() |
Didie (merangkap nurse & chef) |
![]() |
pokLan (peneman setia mekDa) |
![]() |
mekDa (pemberi semangat ) |
![]() |
Pn. Nozack ( peneman ke klinik) |
![]() |
Pn. Shiha ( dia p cari kat klinik x jumpa last2 dtg rumah juga walau dah lewat malam) |
![]() |
Cik echot ( peneman ke klinik) |
![]() |
Cik adila awak satu2nya kawan sama2 kita blajar dlu.. thanks diLa bnyk menenangkan saya..memberi semangat kat sy (master chef) |
![]() |
Cik Isfarita ( tukang tungku ) |
![]() |
Cik emilia (tukang picit-picit) |
![]() |
Mr Azri (peneman pokLan pd mlm itu) |
![]() |
Cik Along ( chef & pemberi semangat) |
![]() |
Cik Aisha (chef & pemberi semangat) |
Hanya Allah yang boleh membalas jasa kalian semua..
Lindungilah mereka semua Ya Allah..
Amin
Labels:
eRti seBuaH keSakiTaN,
Sahabat,
Wajah KesayanganKu
Monday, May 16, 2011
(^_^)..peYut menGeraS..(^_^)
today terpaksa bangun awal ...
tak tau nape semlman peyut ni mengeras jerrr..
ari-ari pun semcm kejang jer..
sentuh je senokkkk..
ermmm..
aduhhhh..
awat ni..
Ya - ALLAH..
permudahkan segalanya...
jauhkan dari perkara yg tidak di ingini...
Amin..
Wednesday, April 20, 2011
Warkah untuk KAMU sayang..
Sayang,
Andai ibu diberi kesempatan untuk merasai nikmat ITU..
Nikmat mengandung,
Nikmat melahirkan anak,
Nikmat membesarkan anak,
Nikmat menyusukan anak,
Nikmat memberi didikan agama yang secukupnya, hanyalah ke jalan ALLAH..
Ketahuilah olehmu sayang bahawa ibulah insan yang paling gembira dan bahagia dimuka bumi ini...
Ibu sanggup sayang,
Sanggup untuk gadaikan & tukarkan NYAWA ibu demi mu..
Sanggup untuk berhabisan segala HARTA benda yang ibu ada demi mu..
Sanggup untuk tahankan KESAKITAN yang ibu terpaksa lalui hanya semata-mata ingin perjuangkan mu..
Sanggup untuk BERLAPAR demi mu..
Kesanggupan ibu ini mengatasi segala-galanya sayang..
Penat lelah ibu ketepikan demi berikhtiar untuk mendapatkan mu sayang..
Andai KAMU ADA sayang,
Ibu akan sorok segala penat lelah ibu..
Ibu akan simpan setiapKEDUKAAN ibu sepanjang ibu perjuangkan KAMU..
Kerna ibu tidak mahu KAMU tahu
betapa SUKARNYA ibu lalui hari demi hari hanya untuk perjuangkan KAMU..
Apa yang ibu ingin lakukan ..
Hanyalah MEMBELAI KAMU sayang..
MENDODOI KAMU..
Memberi KASIH SAYANG secukupnya…
Sepanjang hidup ibu..
Tapi..
IBU AKUR SAYANG...
Ibu belum diberi peluang untuk merasai semua ini lagi..
Ibu berharap..
Berharap & akan terus berharap
Memohon & akan terus memohon..
Yang suatu hari nanti,
KAMU ada untuk ibu..
Amin
![]() |
Proses KAMU |
Nikmat mengandung,
Nikmat melahirkan anak,
Nikmat membesarkan anak,
Nikmat menyusukan anak,
Nikmat memberi didikan agama yang secukupnya, hanyalah ke jalan ALLAH..
Ketahuilah olehmu sayang bahawa ibulah insan yang paling gembira dan bahagia dimuka bumi ini...
Ibu sanggup sayang,
Sanggup untuk gadaikan & tukarkan NYAWA ibu demi mu..
Sanggup untuk berhabisan segala HARTA benda yang ibu ada demi mu..
Sanggup untuk tahankan KESAKITAN yang ibu terpaksa lalui hanya semata-mata ingin perjuangkan mu..
Sanggup untuk BERLAPAR demi mu..
Kesanggupan ibu ini mengatasi segala-galanya sayang..
Penat lelah ibu ketepikan demi berikhtiar untuk mendapatkan mu sayang..
Andai KAMU ADA sayang,
Ibu akan sorok segala penat lelah ibu..
Ibu akan simpan setiap
Kerna ibu tidak mahu KAMU tahu
Apa yang ibu ingin lakukan ..
Hanyalah MEMBELAI KAMU sayang..
MENDODOI KAMU..
Memberi KASIH SAYANG secukupnya…
Sepanjang hidup ibu..
Tapi..
IBU AKUR SAYANG...
Ibu belum diberi peluang untuk merasai semua ini lagi..
Ibu berharap..
Berharap & akan terus berharap
Memohon & akan terus memohon..
Yang suatu hari nanti,
KAMU ada untuk ibu..
Amin
Labels:
eRti seBuaH keSakiTaN,
Sekilas Kesedihan
Thursday, March 24, 2011
jiKa sAkiT
sakit
setiap hari ku mohon & berdoa
agar diri aku dijauhkan dari kesakitan
jika sakit
aku akan menyusahkan org
kesakitan ini kalau boleh ingin sendiri atasi
tanpa perlu berkongsi sakit dgn sesiapa
tp apa daya kita hanya hamba allah yang lemah
tidak lari
atau
tidak lekang dari menyusahkan & bergantung hidup dgn org lain
thanks kpd mereka-mereka yang sentiasa menyusahkan diri demiku..
pelbagai jenis kesakitan ...
yang telah aku lalui akhir-akhir ini..
hampir setiap bulan bergantung kepada nasihat doktor
mendengar nasihat itu dan ini
buat itu dan ini
jolok itu dan ini
makan itu dan ini
pantang itu dan ini
dan
aku akur & ikut segalanya..
kesakitan yang terpaksa ku tahan jua..
even kesakitan itu tidak pernah aku terbayangkan
yang aku harus lalui selama ini
ku sanggup
lakukan apa saje untukmu
ku sanggup
gadaikan nyawaku demimu
ku sanggup
tukarkan segala yang aku ada hanya untukmu
ku sanggup
berikan yang terbaik buatmu
kerana hanya itulah impian seorg wanita ..
andai kesakitan ini tuhan lebih sayangkan ku..
aku redha dengan segalanya
seandainya aku tidak berkesempatan untuk merasai
kebahagiaan disebalik kesakitan
aku perlu untuk terus lalui dugaan demi dugaan
walaupun tidak siapa mengetahui
kesakitan sebenar yang telah aku lalui selama ini..
biarlah kesakitan ini ku kongsi bersama MU TUHAN
ENGKAU MAHA MENGETAHUI
apa yang tersirat & tersurat di dalam diri hambamu ini..
meneruskan perjuangan yang belum selesai di bumi MU
dan aku yakin..
ENGKAU ada alasan tersendiri kenapa ENGKAU mengujiku sehebat ini..
dan
TUHAN
ku akur & pasrah dengan segala UJIAN MU
Thank You ALLAH
AMIN
Subscribe to:
Posts (Atom)