Showing posts with label Hidup Hanya Untuk Seketika. Show all posts
Showing posts with label Hidup Hanya Untuk Seketika. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

(^_^)..FACEBOOK OR FACEFOOD..(^_^)

facefood kenyang gak kan????
10 Okt 2011 -60 ribu manusia ketagih FB!!!!!..pejam celik pejam celik dh genap 1 BULAN jugak la aku deactive fb..kejap je kot DEACTIVE ni....kenapa???mengapa???nak tau jawapannya???

entahla aku sndri xde jawapannya...ramai org ckp fb ni banyak buruk dari baik ..kengkadang mende2 yg dlm fb ni boleh buat aku senyum sendirian dgn komen2 yg lucu2 dan ada gak yg boleh membuatkan air jernih aku mengalir tanpa disedari sendirian...mcm2 status di baca..macam2 komen di buat..mcm2 pic diupload...di mana ada yg menggembirakan dan x lupa jugak yang bisa menyentap naluri aku sebagai  seorg wanita, perempuan, isteri, surirumah & pekerja awam..so makin lama ia boleh membuatkan hati aku makin mengecil..kesian kat hati kita kan..asyik sering disakiti jer...bila la hati ni nak kembang & segar semula agaknya..sekembangnya bunga2 di taman Cameron Highland....

kini,
ku rasakan hidupku makin kosong jer..
sunyi sesepinya...kenapa!!!???nak tau jawapannya???
aku pun xde jawapannya...
boleh x gitu..:p

dulu,
aku leh jumpa kawan2 lama yg dh terputus hubungan setelah sekian lama..bertnya khabar..
sori yer..xs pakwe2 takder ye sbb mereka semua buta IT...:P

dulu,
aku sering mendapat info isu semasa dari fb..
terutama berita terkini hiburan sensasi..:P

dulu,
Fb tempat aku penuhi masa kosong dgn bermain game ..
Addicted to Cafe World, Tresure Island, Cake Mania

dulu,
aku sering travel2 online tgk negara2 org..
terutama baca kisah2 kengkawan yg kaki jalan..syok jer tgk pic2 mereka..tmbh knowledge..

dulu,
aku main masak2 online.
bnyk resepi yg mereka share di FB..

dulu,
aku tidak pernah terfikir akan terjebak akan semua mende2 begini..

tetapi..

kini,
tidak lagi..

kini ,
hidup aku celik mata kerja..
tidur malam pun dah tidak selena dlu..

kini ,
hidup aku balik rumah masak..
syok mencuba resepi baru..

kini,
hidup aku balik rumah kemas..
syok tgk umah sentiasa tersusun..

kini,
hidup aku balik rumah sapu sampah..
sbb aku alergik habuk...

kini,
hidup aku balik rumah mendobi..
kalau x dobi hbs la pakaian seme kotor2..

dan tidak lupa..

kini,
hidup aku balik rumah ANGELINA...
dia cukup memahami..terkedu bila sekali tu airmata aku mengalir terus kaki dia sentuh pipi aku seolah2 memujuk aku yg dlm kesedihan..so sweet that time...

aku enjoy lakukan semuanya..
aku ikhlas hanya kepadaMU TUHAN..

ENGKAU yang banyak mengajar aku erti TABAH..
ENGKAU yang banyak menagajar aku erti KESABARAN..
ENGKAU yang banyak merawat HATIKU..
ENGKAU yang banyak menggembira & menceriakan hidupku..
tetapi jauh di sudut hati aku..
aku sunyi..sunyi sesunyinya & aku kesiankan hati kecil aku..
sampai bila dia perlu lalui semua DUGAAN ini????.
hanya ENGKAU yang MAHA mengetahui segalanya...

bertabahlah wahai sang hati.. 
apa lagi daya aku!!!!boleh dikatakan sedikit sebanyak aku sudah terputus hubungan bersama rakan2 & sanak sedara sekalian..
bak kata pepatah...
KATAK BAWAH TEMPURUNG

&

maybe 1 day..
aku akan kembali bersama MUKA BUKU..
just wait & see..
semuanya KUASA MU TUHAN..




Tuesday, May 31, 2011

(^_^).kalau percaya sYiRik..tapiii berikhtiarlah.(^_^)



tolonglah...tolonglah..tolonglah
aku merayu..
udah-udah la buat itu ini pd saya..
kalau ini caranya,
nak dapatkan sesuatu mende tu dgn cara yang tak betul..
anda dah pun berjaya ..
ambil lah..ambil lah..
bawa la semuanya pergi jauh-jauh..


tolonglah..tolonglah..tolonglah...
kesiankan lah saya,
saya dah cukup penat diperlakukan begini,
muntah itu adalah sesuatu yang memenatkan,
muntah itu membuatkan saya lembik ,
muntah itu menghilangkan tenaga saya,
muntah itu membuatkan mood saya hilang.


tolonglah..tolonglah..tolonglah...

sampai hati perlakukan saya begini..
saya mampu berikhtiar menyembuhkan diri saya sahaja,
selebihnya biar ALLAH yang membalas atas apa yang sudah berlaku,
bertaubatlah
insaflah
sebelum semuanya terlambat..


Ya-Allah,
Sampai bila harus aku menunggu,
Sampai bila harus aku luakkan segala isi perutku,
aku cukup penat,
aku sangat tidak bermaya,
hilang segala tenaga aku,
Bantu lah aku Ya Allah,
Sembuhkanlah aku,
Kembalikanlah aku pada diri aku yang asal,
Ku MOHON.



Monday, May 16, 2011

(^_^).. hePi teacHer's daY.. (^_^)

moRning everybody..today 16 Mei 2011..merupakan HARI GURU buat semua cikgu-cikgi yang ada di mukabumi TUHAN ni..So suNor nak thankfull kat semua cikgu-cikgi yang mana pernah mendidik suNor dari umur suNor 4 tahun sampai la sekarang berumur 29 tahun  3 bulan 2 minggu 6 hari ni..dan juga pada cikgu cikgi yang bakal mendidik suNor lagi untuk masa akan datang sampai la suNor tutup mata dari bumi TUHAN ni..suNor takkan bosan dalam menimba ilmu-ilmu yang bakal cikgu cikgi semua berikan pada suNor nanti..thanks sesangat kerana cikgu cikgi inilah yang membolehkan suNor sekarang memegang jawatan as Pegawai Sains di UMT..Jasa kalian lah yang menyebabkan saya mengenal ABC sampailah suNor memegang segulung ijazah...Anda semua amat2 berjasa kepada suNor..Thanks CIKGU & CIKGI..Jasamu amat ku kenang..hanya TUHAN yang mampu membalas jasa kalian..Thanks..

 SELAMAT HARI GURU 2011


Sunday, May 15, 2011

(^_^)..Kenapa MEREKA Masih Solo???.. (^_^)



Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.

Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.

Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.

Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.

Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.

Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.

Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.

Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.

Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

(^_^)..Bakal isteri ke- 4 Salih buka rahsia..(^_^)

Payung EMAS untuk isteri-isteri Salih Yaacob



Maaf..
aku tidak sekuat kamu wahai isteri-isteri Salih
Kamu semua adalah wanita yang sangat terpilih di sisi TUHAN
Aku mendoakan kebahagian milik kamu wahai wanita sekalian..
Pandai salih  pilih isteri semua cantik-cantik, penuh dgn didikan agama..
Kita hanya memandang luaran dalaman hanya mereka yang mengetahui..
Moga kekal hingga ke akhir hayat..
Amin..

Thursday, May 12, 2011

(^_^) ciNta (^_^)

Orang tgk..
Aku mungkin GAGAL..
GAGAL dalam percintaan..
GAGAL dalam mempertahankan ikatan..
GAGAL dlm usaha mendapatkan anak...
GAGAL membahagiakan semua orang..
TETAPI...
Aku tidak akan putus asa..
Untuk terus mencari cintaku..
kerana aku yakin..
Tuhan ingin berikan yang terbaik kepada ku suatu hari nanti..
Kerana cinta itu sememangnya indah..
Gagal sekali..
tidak bermakna aku akan gagal selama-lamanya...
Gagal bercinta..
tidak bermakna aku GAGAL dalam kehidupanku..
yang pasti..
Hidup aku tidak akan GAGAL..
kerana aku yang mencorakkannya..
bukan kamu..
bukan dia..
Hanya aku
di iringi KUASAMU..

Tuesday, May 3, 2011

Jangan ber =(... sesungguhnya Allah bersama kita!!!!

‎''kita masih tidak sedar tentang HAKIKAT erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya'





Apabila kita asyik termenung


memikirkan nasib diri di sini...

merenung jauh mereka di sana

hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...

namun, kita masih tak sedar tentang hakikat

erti kebahagiaan yang sebenarnya...



Ramai orang...

tersalah sangka tentang maksud

ketenangan dalam hidupnya

selalu orang mengaitkan ketenangan itu

dengan faktor harta...

dengan faktor kekayaan...

Walaupun itu boleh jadi penyumbang

tetapi itu bukan segala-galanya



Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar

tidur di atas katil yang empuk

tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak

Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk

kadang-kadang dia lebih lena dari kita



Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat

lauk-pauk yang bagus

tetapi lidahnya tidak enak

lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan

satu dua mata lauk...

tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya

Kata Hamka: "lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat"



Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar

ada makanan yang sedap

tentulah hidupnya bahagia dan tenang

Belum tentu!



[Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah]



Jika Allah hendak memnberikan kebahagiaan kepada seseorang


Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun


Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang


Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun


Jika Allah uruskan urusan kita


dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita


walaupun sekelip mata


dunia boleh berbuat apa-apa


tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah


Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas


kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah



Apa yang orang rasa rugi

Allah akan berikan keuntungan yang mana

jalan-jalan manusia tak sangka

tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan



[Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah...]



Tuan-tuan tengoklah dunia ni


kadang-kadang tuan-tuan


manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia


kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya


saya nak sebut tuan-tuan


berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup?


Cuba ingat!


Ketika kita kena keperitan,


kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya


Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik



Ketika kita ditimpa musibah tertentu

Kita kata: "habislah aku kali ni"

tapi usia kita telah berjalan

Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan Tuhan ini

Ketika kita kata: "Ya Allah... tolonglah aku,

Ya Allah... tolonglah aku, aku susah ya Allah"

hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu

dan kita lupa kadang-kadang untuk bersyukur

di atas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya



Orang-orang yang diberitahu kepada mereka

"Nun, orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau"

"Nun, orang nak ambil tindakan kepada hang"

"Nun, orang nak ambil tindakan kepada kau"

"Nun, ada orang nak bertindak kepada kau"

Kata Allah: "iman dia tambah"

Bukan kita kata: "pasal apalah Allah benci aku? Apalah dosa aku?"

Tidak, tidak!

Kata Quran: "iman mereka bertambah"

Mereka kata: حسبنا الله ونعم الوكيل"

"Cukuplah bagi kami, Allah...

Dialah sebaik-sebaik tempat diserahkan urusan"

(آل عمران: 173)



[Pengalaman sering mematangkan kita]



Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya

Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakkal

dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakkal

Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb

إني فَوَّضْتُ هذا الأمر إليك

Ya Allah... aku serahkan urusan ini kepadaMu ya Allah



[Kita sering lupa, kita masih punya kehidupan di akhirat]



Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat

dia akan merasakan dunia ini sangat kecil

kehidupan ini sangat luas

Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim

Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini

Saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini

Allah ambil dia, Allah masukkan dia ke dalam syurga

Dia dimasukkan, dicelupkan masuk ke dalam syurga

kemudian dia dikeluarkan lalu ditanyanya:

"Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?"

Dia kata: "tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini"

Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita

Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini

Segala yang nikmat, Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka

lalu dikeluarkan dia

"Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?"

Dia kata: "tak! aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini"

Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka

Manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya



[Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?]



Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru

dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar

Satu hamba Allah

yang patah kakinya

yang dia tidak pernah pun sebut

dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak

Tapi apabila satu hari dia sakit kaki

Dia kata: "Ya Allah... bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik"

Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat

Kata Hamka: "Yang ada ini sudah harapan kita"

Yang kita ada ini harapan kita

Tetapi insan...

bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada

tetapi jangan lupa yang telah ada



[Bersyukurlah wahai diri ini...]



Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut

Syukur kadang kala makamnya lebih tinggi daripada sabar

Ramai orang terpaksa sabar

tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur

Bila dia susah nak kata apa?

"Sabar je la, nak buat apa?"

Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan-tuan

syukur di atas nikmat

اللهم ما أصبح بي من نعمة أو بأحد من خلق

فمنك وحدك لا شريك لك فلك الحمد ولك الشكر

"Ya Allah... apa saja yang aku alami

daripada nikmatMu, daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu

tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan

bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran.

Subhanallah...!



Insan, jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya

وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها : إبراهيم: 34

Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu

Tuan-tuan... bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan

kita akan rasa ma syaa Allah hidup ini

apa yang Allah kurniakan kepada kita

lebih dari harapan kita sebenarnya

Kalau tuan-tuan ingat daripada hari tuan-tuan dilahirkan

tempat tuan-tuan dilahirkan

rumah tuan-tuan dilahirkan

sehingga tempat tuan-tuan ada pada hari ini

Ma syaa Allah...!

Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu



[Firman Allah yang bermaksud:]



"Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia

ketika dia salah seorang dari dua, dia dan Abu Bakar

yakni Nabi dan Abu Bakar

Ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah)

Ketika dia berkata kepada sahabatnya

لا تحزن إن الله معنا

"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"

(التوبة: 40)



[Petikan dari ceramah: Mencari Sakinah, Dr. MAZA, 1 Nov 2009]


Kredit kepada http://sitihaslizaa.blogspot.com/

Wednesday, April 27, 2011

(^_^) alaNgkaH sYokNya kaLau (^_^)

alaNgkaH sYokNya kaLau
(^_^) perbuatan happy go lucky kekal sampai ke akhir (^_^)
....
alaNgkaH sYokNya kaLau
(^_^) perasaan kasih & sayang kekal sampai ke akhir (^_^)
....
alaNgkaH sYokNya kaLau
(^_^) layanan semesra alam kekal sampai ke akhir (^_^)
.....
alaNgkaH sYokNya kaLau
(^_^) perbualan manja kekal sampai ke akhir (^_^)
....
alaNgkaH sYokNya kaLau
(^_^) gurauan senda kekal sampai ke akhir (^_^)
....
alaNgkaH sYokNya kaLau
(^_^) pelukan erat kekal sampai ke akhir (^_^)
....

alaNgkaH sYokNya kaLau
(^_^) perhubungan suci kekal sampai ke akhir (^_^)
....
alaNgkaH sYokNya kaLau
(^_^) kepercayaan kekal sampai ke akhir (^_^)
.....
alaNgkaH sYokNya kaLau
(^_^) kejujuran kekal sampai ke akhir (^_^)

....
....

tapi...
....
.....
semuanya.....
...
...
ujian..
.....
.....
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....
.....
.....
semuanya....
....
....
baik ada makna rupanya..
.....
.....
ku sangkakan panas sampai ke petang..
....
rupanya airmata gugur di tengahari...(^_^)
....
....
mungkin terjadinya bersebab...
.....
....
....
sebabnya...
...
....
....
ada udang galah di sebalik mee goreng mamak..
....
...
....
arghhhhhh..
senok otak..
...
 dah dah dah...
...
...
ermmmm..
..
..
just..
wait &  see..
..
..
..
...........................................................


(^_^) sketSa paGi (^_^)

mOrning~~

arini seawal 7.20am dah tercongak dekat opis ..
ermmm sebelum nak smpi opis tu mcm biasa la mcm2 nak kena setel dulu kat rumah as rutin seorang isteri dan seorang staf gomen...
Pertamanya setel angelina dulu..bagi makan, cuci pu pu dia, collect2 sampah nnt kalau biar mau berulat plak..
then panas enjin kete ala kadar terus memecut ke opis...

ayarkkkk...

tgk meter minyak takat dah wajib di isi..
so pecut ke shell yang berhampiran jap...
apa lagi melayang RM 50 seawal pagi..uhuukkkkk
takpe itu satu keperluan ..
kalau tak isi kesian JGM 5777 nanti tersadai tepi jalan plak..

vroommmm...vrommm..vrommm lantas memecut ke opis..

bersiap sedia nak parking kete dpt sapaan dari BIG BOSS

Boss: "awal fatiha arini"
Aku: kadang2 awal Prof, kadang2 lewat..
Boss: biasa la kan perempuan..
Aku: senyuummm jer..(dlm hati apa kena mengena awal or lewat plak kalau perempuan..tgk lelaki lg lewat dr perempuan pun ramai je-alah abaikan saje boss nak melawak pepagi la tu..mesti mood dia ok pg ni..:P)

Apa aku dah merepek pagi ni..
sebenarnya ada mende lain yang aku nak tulis tapi next entry lah..
malas nak campur aduk nanti jadi rojak campur plak..
ahhhh..
bye...


Tuesday, April 26, 2011

(^_^) tiDak puNya waKtu (^_^)

Masa itu segalanya
Kini,
aku sudah tidak punya banyak masa lagi untuk terus berfikir dan berfikir..Aku sudah penat untuk berfikir..Bagi aku masa itu terlalu singkat untuk aku lalui..apa yang bakal terjadi nanti aku terima dengan redha..Sudah sampai masanya aku membuat keputusan yang sebaik mungkin untuk diri aku..Selama ini aku banyak menjaga hati & perasaan orang..Thanks pada mereka yang pernah membahagiakan aku & tidak jemu memberi kata-kata semangat untuk aku selama ini.

Tapi, 
Demi mu sayang, ibu akan jaga kamu sebaik mungkin selagi ibu ada di bumi Allah ini..Ibu nekad kamulah segala-galanya bagi ibu sekarang..Kamulah penguat ibu sekarang..Patah tumbuh hilang akan berganti..aku tidak akan serik seandainya suatu hari nanti aku diuji dengan lebih teruk lagi kerana ujian Mu tidak akan henti buat hamba Mu yang sabar..Engkau tidak akan menguji hamba Mu seandainya Engkau mengetahui hamba Mu itu tidak mampu..

Cintai sekadar apa yg ada kerana cinta diletakkan pada rupa tidak kemana-mana..sekiranya cinta diletakkan pada akhlak, sudah pasti cinta itu mampu bertahan buat selama-lamanya..biarlah cinta aku itu kerana ALLAH..Mungkin Tuhan menginginkan aku bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, aku harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu..

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang..Bukan siapa dia sebelumnya...Kisah silam tidak perlu diungkit lagi sekiranya kamu benar-benar menyintainya setulus hati..Izinkan aku bersujud di atas sajadah cinta-Mu Ya Allah…..Selagi aku hidup…Jangan Kau tarik nikmat sujud ini Ya Allah…Di kala sujud inilah, aku menghampiri-Mu…Jangan Kau jauhkan aku untuk mendekati-Mu Ya Allah…

Kini,
ku rasakan pudar....sepudarnya bila aku mengetahui segalanya yang bakal terjadi nanti....setiap bait-bait perkataan yang ku dengar, perbuatan  & perkataan yg tertulis sering kali menjelma & terbayang di mataku..itu lah memori yang sukar ku Ctrl Alt Del hingga hujung nyawa..sampaikan setiap malam ku bangun untuk sujud bertahajud pada Mu..aku rasakan segala-galanya telah hancur..aku perlu mencari sinar baru..sinar itu adalah kamu sayang..sabar sayang, ibu tidak akan sekali-kali menunjukkan kesedihan ibu ini padamu..ibu tidak akan sekali-kali mengsia-siakan kamu kerana kamulah peneman sejati ibu & ibu perlu kuat untuk teruskan kehidupan ini...

Ya Allah, Lindungi aku dalam membuat keputusan ini..andai ini lah masa yang terBAIK engkau tetapkan pada ku..Akan aku gunakan masa ini sebaik mungkin..Thank You Allah kerana memberi kesempatan untuk aku merasai semua nikmat di bumi mu ini selama 29 tahun 3 bulan aku hidup.

Sunday, April 24, 2011

kiSah duKa seOraNg saHaBat

Hari demi hari..pelbagai cerita sampai ke telinga ku dan Hari ini, 24 April 2011 sekitar jam 10am, seorang sahabat dgn langkah lemah longlai dtg duduk di hadapanku ..beberapa ketika ku lihat air jernih di matanya bergenang dan hanya menunggu masa untuk  gugur. Insan ini mungkin mencari telinga untuk berkongsi kisah duka yang dilaluinya sejak 2 3 bulan ini membuatkan aku termenung & terfikir seketika..betapa ramai lagi wanita diluar sana dianiaya & mengalami nasib yang menyedihkan..kak N..apa yang mampu saya cakap bersabarlah kak N..ini ujian yang harus kak N lalui jugak dengan anak2 kak..di mata saya akak tersangat perfect tp tuhan tetap menguji akak..akak ada anak-anak lelaki kiut miut sebagai penguat akak di masa akan datang yang mampu menjaga akak sampai ke tua..tapi saya????..walau sehebat mana dugaan itu kak N..inilah dugaan kita kak..walaupun berat & sukar..tetap kita harus lalui juga..naik turun M kebelakangan ini menjadi satu trend bagi kaum hawa..moga aku dijauhkan dr semua ini..saya mengerti & fahami apa yang sedang kak N lalui..bersabar sayang..bersabar sayang...saya ada untuk menjadi telinga untuk akak.... tangisilah sepuas-puasnya di bahu saya ...kerana untuk saya membuka pekung saya biarlah ketika saya bersama DIA..Ya ALLAH...Peliharakanlah Kak N & anak-anak beliau..Semoga ada hikmah disebalik semua yang berlaku..AMIN

Monday, April 18, 2011

1 haRi 3 ceRiTa (^_^)

17 APRIL 2011

3 berita berbeza
3 masa berbeza
3 situasi berbeza
dan
3 cerita berbeza!!!!
SEMUANYA CERITA KESEDIHAN
Cerita yang bermain dengan emosi
yang mampu mengalirkan
AIRMATA si pencerita..
kita semua di uji..
yang membezanya kita..
jalan cerita yang berbeza..
di ceritakan kepada aku
kenapa AKU MENJADI PILIHAN mereka????
KENAPA???
KENAPA???
KENAPA???
adakah AKU ni cukup sempurna di mata mereka????
sempurnakah aku????
tiada SIAPA yang sempurna..
melainkan ALLAH...
aku hanyalah hamba ALLAH
yang sungguh naif di bumi NYA

3 situasi:
1. seawal 8.15am seorang hamba ALLAH mengajukan apa yg di alami & dirasai
2. dipertengahan hari sekitar jam 12.20pm 1 lagi situasi & masalah diluahkan
3. dan di kala jam 4.30pm another cerita dikongsikan 
adakah sebelum mereka meluahkan...
mereka tau kondisi aku????
pastinya..
sudah semestinya..
mereka tdk mengetahui apa yang aku lalui
tp ingatlah ALLAH sentiasa ada bersama hambanya
mintalah padaNYA
mohonlah padaNYA
berceritalah padaNYA
insya-ALLAH
pasti ada ruang & peluang pada kita
wahai kaum wanita
iaitu sahabat-sahabat ku semua
apa yang kalian lalui
apa yang kalian rasakan
apa yang kalian sedihkan

aku jua terlebih dahulu lalui
aku jua terlebih dahuli rasakan
aku jua sudah penat untuk bersedih
ku jua sudah penat untuk tangisi semuanya

berdoalah padaNYA


cukuplah kita tangisi tatkala kita berhadapan denganNYA
mohonlah segala petunjuk dariNYA
kerana hanya DIA yang mampu membantu kita
insan yang cukup lemah ini..





semua orang hanya mampu suruh kita BERSABAR seandainya mereka mendengar..
tapi hakikatnya kita yang lalui..
hanya diri kita yang LEBIH mengetahui apa yang terjadi dlm diri kita..
apa yang aku mampu lakukan dan khabarkan kepada kalian sahabatku..
bersabar kita semua..
pastinya semua yang berlaku
ada hikmah yang tersendiri.
yang tuhan telah tetapkan pada kita..

"kata-kata sabar"
"ada hikmah di sebalik sesuatu yang terjadi"
"pasti akan ada sinar untuk kita"
'itulah yang sering menjadi penguat kepada aku untuk akhiri sisa sisa kehidupan ini'

ku mohon..
kalian jua begitu
bersabarlah sahabatku
aku ada untuk kalian
seandainya kalian perlukan...biarlah ku sembunyi apa yang ku sedang lalui
janji hati sahabatku semua
mampu gembira pabila kalian luahkan..
ingatlah
FATIHA ada untuk kalian
dan
yang paling penting

INGATLAH
TUHAN MAHA MENDENGAR RINTIHAN KALIAN SEMUA...

YA ALLAH
LINDUNGI SAHABAT-SAHABATKU SEKALIAN
AMIN..

Saturday, April 16, 2011

di -

7.00pm
16 April 2011
dePaN tV
ajukan soalan....
Soalan di tolak...
Ermmmm..
Kecewa...
rayuan di  tolak lagi...
so tak dapat nak bersama-sama...
pasembor..
nasi kapitan..
ke rumah kawan-kawan...
ku terdiam..
...
...
...
tak terkata
ermmmm...



(^_^)

Wednesday, April 13, 2011

(^_^) bEggiNg (^_^)

i`m begging you...
i`m begging you...
i`m begging you...
i`m begging you...


Allah.
saya hanyalah hamba. Yang kecil lagi hina. Tak berdaya. KepadaMu saja hamba kembali dan mengadu.

Allah.
berikan petunjuk dan jalan Mu yang lurus. Berikan ketenangan hati dan jiwa. Jauhkan hamba dari syak wasangka terhadap manusia.

Allah.
engkau maha pengatur dan berkuasa, kuatkan hati dan raga ini hanya dalam kebaikan di jalan Mu. Dan untuk semua yang menyakiti hamba..

Allah.
engkau saja yang mampu membalasnya. Jauhkan kesedihan yang masih setia menemani ini. Dan berikan hamba optimisme. Dekatkan kebahagiaan dan mimpi mimpi yg nyata dan indah.



Tuhan
ku mengadu...
ku berserah...
ku memohon...
padaMu

pada mereka..
aku merayu
i`m begging you..
please..
for me..
for us..

AMIN


Monday, April 4, 2011

sucks

Ya ALLAH

kenapa kecelaruan ini???
masih berterusan dlm diri aku???
aku seolah di sisihkan???
aku diketepikan???
adakah sebab mereka juga tau akan hal aku???

aku buat baik salah..
aku buat jahat lagi la salah..
aku sering di sindir-sindir..
apa perlu lagi aku buat di duniamu ini???

manusia macam manakah aku ini???
wanita macam manakah aku ini????
isteri macam manakah aku ini????

adakah ada sinar untuk aku???
adakah ada kebahagian untuk aku???
adakah aku layak untuk menjadi tetamu MU????

Ya Allah permudahkan
segalanya..
AMIN

senyuman di sebalik sejuta kedukaan

Monday, March 21, 2011

SUDIKAH ENGKAU MENJADI IMAM / TOK GURU DI SEPANJANG HIDUPKU



Satu ketika kau bertanya..

Sudikah kau menjadi Makmum disetiap solatku..

agar solatku lebih bermakna dan terjaga hendaknya..sudikah kau menjadi Penjaga diri

dan maruahku agar hidupku lebih tenang dan bahagia sudikah kau menjadi Pendidik hati

dan jiwaku agar rohaniku terisi hikmahNya

dan akhlakku terjaga hendaknya sudikah kau menjadi Pemerhati setiap gerak dan langkahku

agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku sudikah kau menjadi Peneman di kala suka dan duka ku agar satu hari,

jika ujian itu datang air mataku ada yg menghapuskan..sudikah kau menjadi Pembela diriku

dan agamaku agar aku terus berada di atas jln yg benar sudikah kau menjadi Penggerak semangatku..

agar bila aku kelesuan kau mampu membei bantuan walau hanya sekadar senyuman

Sudikah kau menjadi Sahabat buat diriku..mendengar luahan hatiku agar aku boleh berbicara apa saja dgn mu

tanpa rasa ragu..Sudikah kau menjadi Penghibur ketika ku kesunyian

agar aku boleh ketawa riang



Satu ketika aku menjawab...

"Ya, Aku sudi..Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"

Tetapi,aku kembalikan soalan ini kepadamu..sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?



jika aku sudah tidak seperti dulu?Sudikah kau pula menjadi Imam, Penjaga, Pendidik Pemerhati,Peneman, Pembela

Penggerak, Sahabat dan Penghiburku Jika suatu ketika nanti aku sudah tidak mampu lagi menjadi Makmum di setiap solatmu..Jika aku sudah tidak mampu lagi menjagamu,menemanimu memerhatikanmu,mendidikmu membelamu,menggerakkanmu menjadi sahabatmu dan menghiburkanmu Sudikah kamu wahai .....................?



Aku percaya..kau masih sudi..

"Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI

dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"

Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah



Semoga bermanfaat...


Dan bilamana ada kata maupun penulisan yang salah mohon di benarkan

Salah dan Hilaf andai ada kata yang kurang berkenan mohon ma'afkan

Kami Hanya Insaniah fakir Hamba Allah yang tiada daya dan Upaya

Dipersilahkan bagi yang ingin share or copas jikalau bermanfa'at,

semuanya milik bersama

Bagi sahabat2 Muslimah Sholehah yang berminat

dan bersedia memberikan ilmunya berupa catatan,

puisi, doa dan kisah yang dapat menambah keimanan kita,

silahkan hubungi admin Andhika Al-Banjari Mtp


Prinsip ABC

A mbil yang baik

B uang yang buruk

C iptakan yang baru

Keep Istiqomah wa HAMASAH