Thursday, March 24, 2011

jiKa sAkiT

sakit
setiap hari ku mohon & berdoa
 agar diri aku dijauhkan dari kesakitan
jika sakit
aku akan menyusahkan org
kesakitan ini kalau boleh ingin sendiri atasi
tanpa perlu berkongsi sakit dgn sesiapa
tp apa daya kita hanya hamba allah yang lemah
tidak lari
atau
tidak lekang dari menyusahkan & bergantung hidup dgn org lain
thanks kpd mereka-mereka yang sentiasa menyusahkan diri demiku..

pelbagai jenis kesakitan ...
yang telah aku lalui akhir-akhir ini..
hampir setiap bulan bergantung kepada nasihat doktor
mendengar nasihat itu dan ini
buat itu dan ini
jolok itu dan ini
makan itu dan ini
pantang itu dan ini
dan
aku akur & ikut segalanya..
kesakitan yang terpaksa ku tahan jua..
even kesakitan itu tidak pernah aku terbayangkan
yang aku harus lalui selama ini

ku sanggup
lakukan apa saje untukmu
ku sanggup
gadaikan nyawaku demimu
ku sanggup
tukarkan segala yang aku ada hanya untukmu
ku sanggup
berikan yang terbaik buatmu
kerana hanya itulah impian seorg wanita ..

andai kesakitan ini tuhan lebih sayangkan ku..
aku redha dengan segalanya
seandainya aku tidak berkesempatan untuk merasai
kebahagiaan disebalik kesakitan
aku perlu untuk terus lalui dugaan demi dugaan
walaupun tidak siapa mengetahui
kesakitan sebenar yang telah aku lalui selama ini..

biarlah kesakitan ini ku kongsi bersama MU TUHAN
ENGKAU MAHA MENGETAHUI
apa yang tersirat & tersurat di dalam diri hambamu ini..
meneruskan perjuangan yang belum selesai di bumi MU
dan aku yakin..

ENGKAU ada alasan tersendiri kenapa ENGKAU mengujiku sehebat ini..

dan

TUHAN
ku akur & pasrah dengan segala UJIAN MU

Thank You ALLAH

AMIN


No comments:

Post a Comment