Showing posts with label adakah mainan tdo?????. Show all posts
Showing posts with label adakah mainan tdo?????. Show all posts

Thursday, May 26, 2011

(^_^)..seRangan kaLi ke -2..(^_^)


KENAPA DENGAN AKU!!!!!

Semalam sekali lagi aku kena serangan sama macam yang aku kena kat umah Tok Jembal. Cuma yang bezanya kali ni aku tak boleh nak gerakkan tangan & kejang sesangat..Nasib pinggul ke bawah tak ada rasa apa-apa tapi perut plak yang mengeras sesangat..Sehabis boleh aku lawan & cuba gerakkan juga akhirnya pertarungan aku berakhir..gigi menggigil-gigil menahan seolah-olah kesejukkan yang melampau..ermmmmm

KENAPA DENGAN AKU!!!!!

Semalam seawal jam 8.30pm hujan selebat-lebatnya, aku cuma on kipas itu pun no 1 je..Nak kata sejuk sangat takde la sbb ekon mmg xde..aku pun by 10pm dah lena & sedar-sedar bila terkena serangan itu..After semua ok aku tgk jam baru pukul 12.30am..Kali ini pun sama aku rasa mcm dh lama aku tidur padahal baru je 2 jam sama mcm malam sebelumnya...Sampai ke cerah bumi aku takut untuk tidur..bila dah sedar semuanya kembali macam biasa aku boleh bergerak & berjalan seperti nothing happen...ermmm

So ...

KENAPA AKU JADI BEGINI !!!!!!


Adakah ini tanda-tandanya aku nak...........

Ermmmm..

Entahlah..

 ku Mohon PadaMu Tuhan jauhkan aku dari segala bala yang tidak diingini..
AMIN



Wednesday, May 25, 2011

(^_^)..keNapa seMaLam..(^_^)


Kenapa dengan aku semalam!!!!..

Aku rasa semalam adalah tidur aku yang paling lama di abad ini....apa yang aku ingat aku cuba offkan ekon...aku rasa tersangatlah sejuk..tidak sampai beberapa minit after off ekon seingat aku seluruh tubuh aku tak mampu untuk digerakkan untuk seketika..tangan seolah-olah kaku & seluruh tulang pinggul serta paha tidak dapat digerakkan..aku cuba untuk melawan dan bergerak tapi tidak berdaya...tersangatlah seksa aku rasakan..menggigil-gigil seluruh tubuh...takder kata-kata yang mampu keluar dari mulut untuk menyatakan kesakitan yang aku rasa..seolah kerongkong  aku disekat..sakit yang amat.!!!.


KENAPA DENGAN AKU!!!!!

crampkah aku???
atau
kena tindih ke aku????


Aku masih bernasib baik..mempunyai teman sekatil yang memahami..membantu aku untuk meregangkan mana-mana otot yang perlu..Thanks you so much ... Aku tidak berniat untuk mengganggu tidur lena mu semalam..Maafkan aku.. Pada detik peristiwa ini terjadi jam  baru sahaja menunjukkan pukul 1.30am...selepas kejadian itu, aku tidak dapat lena sampai ke pagi...=(

Kenapa & Mengapa!!!!!!


Thursday, March 24, 2011

miMpi!!!!!!!

semalam ...
23 Mac 2011
ku berMIMPI..
terjaga di awal pagi
tatkala semua org sedang lena tdo...
mimpi aku
mimpi di malam hari..
di mana
aku tidak lagi bersama dengannya..
mampukah aku untuk hadapi
dengan mimpi itu????

 Ya Allah
Bantulah aku....