Showing posts with label Erti sebuah kebahagiaan. Show all posts
Showing posts with label Erti sebuah kebahagiaan. Show all posts

Monday, March 19, 2012

(^_^)..Belated Gift..(^_^)


Even my birthday dah 2 bulan berlalu tapi hari ni 17 Mac 2012 sy over gumbira sbb dapat something special from my hubby chubby..

taraaaaaaaaa...

ni hadiah hubbby bagi utk thn 2012..

SAMSUNG GALAXY TAB 10.1

Sblm ni ada gak ai post pasal nak ipad..rasanya thn lepas kot..nak beli sendiri x kesampaian asyik pending & ada je mende lain yg lebih penting lg nak kena beli..so kali keinginan mak buyung tercapai gak..
bak kata member2 yg dlm pantang alat ni sgt berguna masa dlm pantang utk hilangkan bowink2 kat umah while cuti lama..:p

Oklah jom layan gmbr je la yer..apa pun my sweetheart thank a lot yer..for the birthday present..
sunor sayang abg ketat-ketat..muahhhhxxssss...


SESI COMMISIONING

testing + mikir lagi

akhirnya..
CASH deganggggg...

korek jgn dok korek..
say no to hutang..:p

thanks abg..
sunor sayang abg ketat-ketat tawww..

Semoga ALLAH merahmati & melindungi ..
SUAMIKU ..
MOHD AZAM MAT YAACOB..
di dunia & akhirat..
dan selamatkanlah kandungan ku ini..

AMIN...



Tuesday, January 3, 2012

(^_^)..Selamat Datang Zuriatku..(^_^)


RAHSIA PERSENYAWAAN



23/12/2011 : 12:22:18PM
KT SPECIALIST HOSPITAL
5W6D : 21.4mm

Sesungguhnya pembentukan janin hasil ciptaan-Nya sangat menakjubkan. Ikutilah satu persatu keajaiban proses pembentukan seorang insan bernama manusia.

Wanita dilahirkan dengan berjuta-juta telur yang belum matang. Daripada jumlah itu beratus-ratus akan matang sepanjang hayat. Ia mengandungi struktur multiselular yang dikenali sebagai folikel. Lazimnya, sebulan sekali, hypothalamus menghantar signal ke kelenjar pituitari untuk merembeskan hormon perangsang folikel. Hormon ini membekalkan beberapa folikel (kecil dan berair dan dipenuhi cyst) sebelum membesar menjadi telur matang.

Satu daripadanya akan membesar berbanding lainnya. Dalam tempoh dua ke tiga hari selepas matang, telur akan bertindak balas dengan hormon luteinizing. Folikel yang merembeskan telur akan meningkatkan penghasilan estrogen. Inilah petunjuk bahawa telur sudah matang.

Telur hanya mempunyai 24 jam untuk hidup! Hanya satu sperma bertuah daripada suku billion sperma yang akan berjaya menembusi lapisan luarnya.

Dalam tempoh beberapa minit selepas ejakulasi, kebanyakan sperma akan mati akibat persekitaran berasid di dalam vagina. Daripada situ, sperma yang berjaya melepasinya akan memasuki serviks, berenang merentasi mukus serviks, kemudiannya memasuki rahim dan menemui tiub fallopio. Apabila di situ tiada telur, maka tiadalah persenyawaan.


Proses Ovulasi

Kitaran haid wanita adalah setiap 28 hari. Namun ada juga kitarannya 21 hingga 35 hari ataupun 45 hari bagi segelintir wanita. Antara waktu haid, wanita mengeluarkan telur matang daripada ovari. Ovulasi biasanya berlaku seminggu sebelum (atau selepas) haid. Ovulasi kadang-kadang tidak teratur dan boleh berlaku ketika haid juga! Lazimnya, kebanyakan wanita akan mengalami proses ovulasi di antara hari ke-11 dan ke-21.

Sesetengah wanita akan berada sakit di ovari ketika ovulasi. Anda boleh mengesannya melalui perubahan lendir servik yang lebih berair dan licin sebelum dan semasa ovulasi. Ovulasi juga boleh dikesan melalui penurunan suhu tubuh yang diikuti kenaikan mendadak. Fakta menarik yang patut anda tahu, ovulasi turut dikaitkan dengan keghairahan anda untuk melakukan

Sementara itu, tiub fallopio merupakan lokasi di mana persenyawaan berlaku. Setiap ovari bersambung dengan tiub dan ruang antara ovari dan tiub fallopio hanya kira-kira 13 mm dalam diameter tetapi semakin sempit di penghujungnya. Di dalam tiub ini terdapat rambut halus iaitu cilia yang membantu pelepasan telur daripada ovari ke rahim. Perjalanannya mengambil masa beberapa hari di mana telur akan mendapat nutrisi diperlukan melalui persekitaran yang dilalui.

Dalam masa yang sama, rahim akan membentuk lapisan dalam (endometrium) yang kaya dengan darah dan nutrisi sebagai persediaan untuk menempatkan telur agar bersenyawa. Jika tidak berlaku, lapisan ini akan menjadi darah haid.



Proses Persenyawaan

Telur hanya bertahan sehari selepas dikeluarkan daripada ovari. Walaupun begitu, selagi sperma masih hidup di dalam tiub fallopio, ia berupaya untuk bersenyawa dengan telur. Tambahan pula, sperma boleh bertahan di dalam tiub fallopio untuk tempoh beberapa hari.

Apabila telur melalui tiub, sperma mempunyai reseptor yang membolehkannya menghidu telur yang dipercayai berbau manis. Ketika inilah, sperma akan menjadi aktif dengan berusaha gigih mengelupas lapisan protein telur. Tindakan agresif dan kehilangan protein membolehkan sperma melekap pada telur. Proses ini dikenali sebagai capacitation. Setelah itu, sperma mempunyai beberapa jam untuk kekal hidup dan hanya sedikit sperma akan terus berada hampir dengan telur.

Sebaik kepala sperma berjaya menembusi lapisan luar telur, terdapat enzim yang membenarkannya melepasi halangan pertama itu dan ketahuilah hanya satu sperma boleh menembusi telur. Jadi, protein pelindung telur akan menghalang sperma-sperma lain untuk masuk. Pada saat inilah, bermulanya titik awak proses persenyawaan. Ketika ini juga, muatan DNA dihantar apabila sperma diserap oleh telur dan pada masa yang sama genetik bayi anda ditetapkan.



Proses Implantasi Embrio

Telur yang disenyawakan dinamakan sebagai zigot. Maklumat yang dikodkan dalam kumpulan DNA telur dan sperma akan “memandu” zigot bagi meneruskan perkembangannya menjadi embrio. Dalam tempoh 24 jam selepas pembentukan, zigot akan memulakan proses pembahagian sel yang menjadi asas pertumbuhan sel lainnya.

Sebelum itu, ia akan berkembang menjadi sel berkelompok yang kemudiannya menjadi struktur berongga (blastocyst). Sel-sel di dalam struktur ini akan berubah menjadi embrio manakala dinding luarnya bertindak sebagai plasenta. Ia turut mengandungi nutrisi yang bakal diperlukan fetus.

Zigot kemudiannya mengambil masa empat hari untuk berpindah ke rahim. Setelah sampai ke rahim sel akan “menetas” dan bersedia untuk berhubungan langsung dengan endometrium. Apabila hal ini berlaku, kedua-duanya akan bertukar-tukar hormon dengan membenarkan blastocyst untuk melekat pada dinding rahim. Proses ini dikenali sebagai implantasi. Anda mungkin mengalami pendarahan ringan sepanjang proses ini walaupun ia sepatutnya berlangsung dalam tempoh 48 jam.

Setelah proses itu, serviks akan ditutup dengan mukus. Memandangkan zigot kini selamat, kehamilan anda akan melalui langkah seterusnya. Pada tahap ini, sesetengah sel zigot membentuk plasenta manakala yang lainnya menjadi embrio.

Tiga minggu berlalu, sel saraf pertama akan terbentuk. Dalam minggu-minggu dan bulan berikutnya, pertumbuhan sel akan terus berlaku membentuk sel-sel khusus dan berbeza antara satu sama lain. Menariknya, jika fetus ialah perempuan, ia akan pantas membangunkan berjuta-juta telur tidak matang menjadi dewasa.



Wednesday, December 14, 2011

Tuesday, September 27, 2011

(^_^)..aSaM gaRam kehiDupaN..(^_^)


Petang itu ketika hujan lebat, dengan angin tapi tak de petir, aku duduk di dapur, berhampiran tingkap  & angelina dengan secawan air kosong di tgn...Hmmm, sambil menghirup air yg tidak berperisa seolah2 itulah diri aku kini..tidak berperisa..jiwa kosong..sekosongnya..cuba untuk menghiburkan diri sendiri, cuba melupakan setiap kenangan hitam di jiwa..melihat percikan hujan bertempias di grill rumah, tiba2 kenangan yang lepas mula menerjah, teringat kisah2 lama, terkenang sahabat dan kenalan, terimbau kenangan bersama orang2 yang telah pergi menghadap Ilahi.....hati rasa sayu, rasa sebak....al-fatihah untuk mereka2 semua..Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Bila aku lihat dedaun kering penuhi longkang, dihanyutkan air deras..terdetik dalam hati, jika sampai masa aku, adakah kenangan aku juga akan hanyut ibarat dedaun kering tadi...hmmmm, tak pasti lah kan, moga ada orang yang masih ingat dan tidak lupa aku...huhu...sedey tiba2 bila ingat macam tu.... v_v

Dalam entri2 diblog aku baca, ada  beberapa kisah cerita yang begitu bermakna pada aku..kalau aku baca balik, rasa tersentuh, sudah pasti kesah entri berangkai untuk aku dari blog-blog yg aku follow sblm ni ..Kadang2 tersenyum sendiri, rasa berterima kasih sangat2, kadang2 rasa bersalah..kerdilnya diri aku..besarnya dugaan aku..bnyknya aku di uji.. Bila kita rasa runsing atau fikiran agak bercelaru, dan kita baca balik, cukup tersentuh & kadang2 rasa dihina dan kerdil puna da.. ada juga yang tak sikit banyak ia boleh menghiburkan....

Hmmm...hidup ibarat roda..bila kita berada diatas, ramai yang suka, ramai yang nak ambik tau pasal diri kita, bila kitaran masa meletakkan kita di bawah...kita akan mula dilupakan, sebab tidak memberi manfaat pada mereka lagi...itu kenyataan, takpelah...bersabar...apa yang berlaku pasti ada hikmah yang telah dijanji kan untuk kita....Syukur alhamdulilah aku terusan di uji oleh NYA..aku masih diberi nafas dan keupayaan untuk menempuh sehari lagi kehidupan sebagai hambanya di dunia ini... Salam sayang semua dari SUNOR...... jaga diri elok2 yea semua....I love u all..

Jom layan lagu2 kenangan ni..kebetulan lak kita makin menghampir ke situ..OKTOBER makin menjelma..masihkah ada sinar kejernihan atau sinar kehitaman dalam hidup kita semua nanti...sesama kita renungkan dan fikirkan..

Monday, May 23, 2011

(^_^).. 9 saMan..(^_^)


Tajuk kena nampak gempak sikit..

Actually mmg aku dapat 9 saman..
5 Saman hardcopy..
2 Saman via FB
2 Saman Face to face

=P

Kalau nak tau la..
Saman bersamaan dengan Undangan Perkahwinan lerrrr...

Mau taknya minggu depan kan cuti sekolah
So masa ni la ramai yg akan tamatkan zaman bujang mereka

Aku dapat 9 undangan


1 - dari kawan masa SESMA- Zenty Elyana : 28 Mei 2011

1 - dari best buddy kat UMT ni - Nozack : 28 Mei 2011 gak

1 - dari member 1 aliran masa degree - Airiza : 28 Mei 2011 gak

1 - dari senior masa degree - kak Ana : 28 Mei 2011 jugakkkkk

1 - dari cousin anak arwah Pak Su Mansor - Aziha : 31 Mei 2011

1 -dari student pengguna lab biologi aku dlu - Pa e : 3 Jun 2011

2 - RA aka student Master INOS - Faizah & Effi : 4 Jun 2011

1 - Staf kat ofis aku - Zul : 5 Jun 2011

Semua total: 9 setakat hari ini



Inilah rupa kad undangan tu..semuanya cumil-cumilkan???

Macam mana nak bahagikan badan aku ni nak attend seme majlis tu??? maaf yer kpd kengkawan yg mana sblm ni aku sempat & tak sempat pergi wedding u olls. Bukan sengaja aku xnak pegi tapi bnyk sbb & faktor yang tak dpt dielakkan..Jgn ingat aku tak pergi bermakna aku tak meraikan hari bahagia korang..Insya-Allah lepas ni mana yang jemput & terkena ngan cuti aku, hope dpt la attend nnt..

Aku doakan kalian semua bahagia sampai ke akhir hayat & mampu memperolehi zuriat serta menyambung keturunan korang semua. Insya-Allah..AMIN


Sedikit info yang aku nak share berkenaan andai kita dapat undangan perkahwinan..
Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan yang sudi membaca..

Hukum menghadiri Undangan Perkahwinan:

Hukum menghadiri atau memenuhi undangan kahwin itu adalah fardhu `ain iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang kecuali ada sesuatu keuzuran. Tidak dapat menghadirinya disebabkan sakit atau sebagainya, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin, hendaklah kamu menghadirinya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan terdapat satu lagi hadis yang menyebut:

".... dan barangsiapa tidak memenuhi undangan (walimah pernikahan) maka dia telah melanggar perintah Allah dan RasulNya." (Hadis riwayat Bukhari)

Bagaimanapun, kalangan ulama berpendapat bahawa hukum wajib itu bergantung kepada syarat-syarat tertentu.

Pertama: Yang menjemput atau mengadakan kenduri perkahwinan itu orang Islam.

Kedua: Orang yang dijemput adalah menyeluruh tanpa mengira bulu atau kedudukan, yakni tidak membeza-bezakan yang kaya dan miskin.

Ketiga: Jemputan ke majlis perkahwinan itu dibuat secara khusus kepada setiap orang bukan secara umum, sama ada dengan cara menemuinya, melalui kad jemputan atau melantik wakil untuk menjemputnya. Sekiranya jemputan dibuat secara umum seperti berkata atau membuat iklan menjemput penduduk sesuatu tempat itu ke majlis itu, maka tidak wajib menghadiri jemputan berkenaan.

Keempat: Pada lahirnya segala perbelanjaan untuk mengadakan majlis itu daripada wang yang halal.

Kelima: Tidak terdapat di majlis itu orang yang menyakiti orang yang dijemput.

Keenam: Tidak ada di majlis itu sesuatu yang mungkar seperti arak atau majlis tari menari yang haram.

Ketujuh: Tidak ada jemputan yang lebih awal daripada itu.

Kelapan: Tiada sebarang keuzuran yang menghalangnya hadir.

Walahuallam

Sharing is caring..=P