Saturday, October 1, 2011

(^_^)..Sayaaaang Abah..(^_^)


As usual..weekeng aku hanya melepak di rumah sambil menjalankan tugas wajib sebagai seorang isteri & surirumah..jumaat aku dah setel segala kerja..membasuh, mengemas rumah, menggosok & mcm2 kerja..dah 2 hr seawal 6.30am aku dh bangkit..entah laaa nak peram tdo dah xleh so mandi2 lepak dpn tv sambil iron2 baju..sampaikan aku lupakan sekejap kesibukan sepanjang pesta konvo UMT..pagi ni aku layan drama dkt astro prima jer..tajuknya SAYAAANG ABAH..cukup menyuntuh hati & sanubari aku...


SAYAAAANG ABAH yang mengisahkan seorang pengutip botol yang bisu dan pekak..di mana dia telah terjumpa seorang bayi terbuang di tempat dia mengutip botol & kotak2 lama..dia nekad membawa pulang dan menjaga bayi tersebut biarpun hidup dlm serba kekurangan..sepenuh kasih sayang dicurahkan pada bayi tersebut yang diberi nama Intan Najwa..bila dah tamat SPM, Intan ingin mencuba nasib sebagai seorang penyanyi kelab malam sementara menunggu result SPM..idea Intan mendapat tentangan drpd Abahnya..tapi Intan berjaya memujuk abahnya dan katanya menyanyi untuk mengubah cara hidup keluarganya yang dah lama miskin..dalam diam rupanya Abah Intan mengidap sejenis penyakit barah tulang yang berada pada stage 4 dah..malangnya tiada siapa yang mengetahui selain kakak sulongnya Kak Pora..pabila Intan sedang melonjak naik, kakak kpd abah Intan cuba utk menjadi manager kpd Intan iaitu Kak Faridah keran ingin mengaut keuntungan & royalti daripada Intan..sampaikan Intan sanggup ketepikan Abahnya demi nyanyian..

ermmmmmmm...
ermmmmm..
ermmmm.
ermmmmmm..
aku x mampu nak terus critakan kisahnya lg..kalau sapa2 berpeluang tgk cerita n..cubala hayati kisahnya..sedih...

Even itu bukan anak kandungnya, tapi dia tetap tatang anak itu melebihi daripada nyawanya sndri..sepenuh kasih sayang dia curah pada Intan....

BEGITU jugalah dengan aku..ANAK MEMBER ibarat mcm anak aku sendiri juga..di situlah tempat aku meluah & berkongsi sedikit kasih yang aku ada..skrg ni aku hanya mampu bercakap dengan Angelina..itu jerrrr yang aku ada dan leh hiburkan aku sedikit sebanyak..selebihnya mengadu & terus memohon kepada yang ESA agar peluang yang ku pernah rasa pada bulan 5 yang lps kembali lgi..si KECIL ibu, damailah engkau di sana..ibu akan tetap berusaha tanpa jemu & putus asa unttuk mencari peneman hidup ibu smpi ke akhir hayat..."ANAK" itu anugerah yang paling besar yang ibu akan tunggu kehadirannyaa...entah bila, hanya DIA yang mengetahui..

Insya-Allah, berdoa & terus berdoa..tanpa jemu...pasti akan tiba masanya kelak..AMIN






No comments:

Post a Comment