Sunday, September 25, 2011

(^_^).. inFo hiGhway di saNa siNi..(^_^)

LPT

Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa II (Jabor - Kuala Terengganu) akan dibuka pada pertengahan 2012. Ia akan menjadi alternatif kepada rakyat Kelantan yg ingin pulang ke kampung halaman melalui LPT dan Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu.

LEBUH RAYA PANTAI TIMUR (LPT) merupakan lebuh raya keluar masuk utama yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Lembah Kelang dengan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang melibatkan negeri Kelantan, Pahang, dan Terengganu. Laluan Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak yang bermula dari Persimpangan Greenwood, Selayang, Selangor sehingga ke Karak, Pahang kini dijadikan sebahagian daripada laluan LPT. Dengan kata lain, LPT bermula dari Persimpangan Greenwood dan sehingga ke Pengkalan Kubor, Kelantan apabila siap sepenuhnya kelak. LPT dirancangan untuk menghubungkan Kuala Lumpur - Kuantan - Kuala Terengganu - Kota Bharu melalui satu jaringan lebuh raya ekspres yang cekap. Ia juga untuk menghubungkan Kota Bharu - Kuala Terengganu - Kuantan - Johor Bahru (Fasa III). Pada hari ini, hanya laluan antara Kuala Lumpur - Kuantan sahaja yang dibuka kepada trafik. Manakala, projek pembinaan LPT Fasa II (Kuantan - Kuala Terengganu) sedang giat dijalankan walaupun sudah beberapa kali mengalami kelewatan ekoran penglibatan kontraktor yang tidak berkaliber. Projek LPT Fasa II ini dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2012, iaitu dua tahun lewat daripada jadual asal. Kajian kemungkinan pembinaan LPT Fasa III telah dijalankan pada 15 Julai 2007 sehingga 15 Mei 2009 lalu. LPT III merupakan sambungan dari LPT II di Kuala Terengganu, Terengganu ke Pengkalan Kubor, Kelantan. Projek ini dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang bermula 2011 - 2015. Ia melibatkan cadangan jajaran lebuh raya sepanjang 150 kilometer yang akan melalui daerah Kuala Terengganu, Setiu, Besut, Jajaran Pasir Puteh, Jajahan Bachok, Jajahan Kota Bharu, Jajahan Pasir Mas sebelum berakhir di Jajahan Tumpat.

 
LEBUH RAYA KOTA BAHARU - KUALA KRAI
 
Projek Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai (Lebuh Raya KBKK) merupakan sebuah projek swasta bagi membangunkan sebuah lebuh raya empat lorong sepanjang 63 kilometer (km) yang menghubungkan Kota Bharu dengan Kuala Krai dan melalui beberapa bandar kecil di sepanjang laluan ini seperti Ketereh, Kok Lanas, dan Machang. Projek ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui Mesyuarat Exco yang telah diadakan pada 10 Ogos 2011 selepas Kerajaan Pusat tidak menyediakan peruntukan untuk projek tersebut menerusi Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) dan RMK-10. Dalam masa yang sama, Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) juga memaklumkan bahawa projek ini akan dilakukan secara penswastaan dan akan ada kutipan tol bagi lebuh raya ini. Menurut Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, lebuh raya ini akan dibina sebagai Jalan Negeri selepas cadangan pembinaannya kepada Kerajaan Persekutuan tidak mendapat maklum balas memberangsangkan. Projek lebuh raya ini dijangka menelan belanja kira-kira RM1.9 bilion termasuk RM500 juta untuk pembinaan jejambat (flyover) dari Persimpangan Wakaf Che Yeh sehingga ke Persimpangan Wakaf Siku dekat KB Mall. Jika projek pembinaan jejambat ini dibatalkan, maka kos keseluruhan lebuh raya ini kira-kira RM1.4 bilion (termasuk kos pengambilan tanah bagi jajaran lebuh raya baharu ini). Projek ini dijangka dapat dimulakan pada 2012 dan dijangka siap pada 2015. Lebuh raya ini akan bersambung dengan Lebuh Raya Utama Tengah (Central Spine Expressway) di Kuala Krai, Kelantan..
 
sumber: page lebuh raya Kota Baharu- Kuala Krai
 

No comments:

Post a Comment