Sunday, May 15, 2011

HUKUM TAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

Soalan:

Salam.. apakah hukum tidak bertegur sapa dengan sedara seislam kita kerana pergaduhan & melebihi 3 hari?
Benar ke amalan x diterima?
Ada dalil?

Jawapan :

Asal hukum tidak bertegur sapa adalah haram. Kecuali ada masaalah yang menuntut kepada perbuatan tidak bertegur sapa. Contoh maslahah seperti dengan sebab tidak bertegur sapa maka mereka akan meninggalkan maksiat. Imam al-Nawawi dalam riyad al-salihin membuat satu bab khusus berkenaan hal ini :

Maksudnya : “Bab pengharaman tidak bertegur sapa antara orang Islam lebih daripada tiga hari kecuali kerana sebab bid’ah yang ada pada orang yang tidak ditegur tersebut atau sebab menzahirkan fasiq olehnya atau sebagainya”.

Berbalik pada soalan di atas, Islam melarang pergaduhan dan pertelingkahan antara sesama Islam. Maka tidak bertegur sapa kerana sebab pergaduhan adalah haram. Apabila disebut pergaduhan biasanya ia adalah berpunca daripada perkara dunia. Seseorang itu haram tidak bertegur sapa rakannya yang seislam lebih daripada tiga hari.

Ada dalil pengharaman tersebut. Sabda Nabi s.a.w. :

Maksudnya ; “Tidak halal bagi seorang Muslim “hajr” (tidak bertegur sapa) saudaranya melebihi tiga hari, kedua-duanya bertemu, lantas saling berpaling muka antara satu sama lain. Yang terbaik antara mereka ialah orang yang memulakan salam”. (Muslim no 6697).

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w. menyebut balasan perbuatan ini :

Maksudnya : “Tidak halal bagi seorang Muslim tidak bertegur sapa saudaranya melebihi tiga hari, maka barangsiapa yang tidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari, nescaya akan masuk neraka”. ( Abu Dawud : no 4914).

Riwayat lain ada menyebut :

Maksudnya : “Barangsiapa yang tidak menegur sapa saudaranya selama setahun, maka ia seumpama menumpahkan darahnya”. Diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanad yang sahih. (Riyad al-Salihin 2/216)

Ini menunjukkan perbuatan tidak bertegur sapa adalah dosa.

Wallahualam.

Nauzubillah...

(^_^)..Bakal isteri ke- 4 Salih buka rahsia..(^_^)

Payung EMAS untuk isteri-isteri Salih Yaacob



Maaf..
aku tidak sekuat kamu wahai isteri-isteri Salih
Kamu semua adalah wanita yang sangat terpilih di sisi TUHAN
Aku mendoakan kebahagian milik kamu wahai wanita sekalian..
Pandai salih  pilih isteri semua cantik-cantik, penuh dgn didikan agama..
Kita hanya memandang luaran dalaman hanya mereka yang mengetahui..
Moga kekal hingga ke akhir hayat..
Amin..

(^_^) ..8 miNggu..(^_^)

ermmmm...
kejap je..
dah masuk 8 minggu pun..
dgn ertikata lain ..
2 bulan..
moga semuanya dipermudahkan..
AMIN