Wednesday, April 6, 2011

....uNtuk tataPan PaRa iSteRi.....

KiSah PeNgaJaRan
WaSiaT utk IsTeRi TeRsaYaNg


Ya Allah
Moga Aku mendapat pengampuan daripada suamiku..
Syurgaku terletak di telapak kakinya..
Ampun & Maafkan daku..
Amin...



Kisah Benar Untuk Renungan Kita Bersama ( copy from member)..Thanks



Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau.

Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruangtamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.
Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.
Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.

Antara jawapannya ialah:

Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya.

Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putrajaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putrajaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.
Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.
Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

‘Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga.’

‘Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat.’

‘Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah.. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).K ain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga.’

‘Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak- anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu).’
Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam
-she should be thankful…. . she got the forgiveness from her husband-







( ^_^)..suNor wiShLiSt!!!!

2011????
Nothing special yang dapat tahun ni...
My speacial day pun dh lama lepas..
29thn, 2 bulan, 1 minngu, 4 hari pun..

apa pun suNor tetap hepi..hepi????
tetiba semlm masa nak tito..
terbayang2 bnyk mende dlm kepala ni..
sampaikan setgh2 tu terbawa-bawa dlm mimpi..
yang rasanya nak buat  wishlist untuk tahun ni..
or maybe untuk tahun2 mendatang...

1. Guess Watch
( jam skrg dah berusia 5 thn..tp tetap memberi khidmat padaku..thanks si pemberi)


2. Blackberry
( yang dah ada ni 2 thn dah umur sbb beli murah2 ngan kakak je
nak yg baru sbb yg lama ni asyik hang )


3. Coach Handbag
( perempuan sinonim dgn handbag..
kalau dapat yang sling lagi best kan)



4. Victoria secret bodymist spray
( ada 3 tp tinggal suku setiap botol dah)
.....
....
....
....
.....
taknak wish banyak2 nanti tak tertunai..last but not list
....
....
....


5. LV bra & panties
( suka yang tali tali ni sbb nampak sexy..:P)

Cukup ah dlu 5 kot..nanti2 kalau ada yang teringin sangat tu suNor post semula..kalau setakat makanan tu bila2 leh kuar g makan , cari & beli..tp nak beli yang senarai kat atas ni rasanya bnyk faktor yang kena fikir that y suNor jadikan sebagai wishlist jer la dlu..mana tau kot2 ada boy yg nak sponser..
perghhh kecik tapak tangan stadium bukit jalil suNor tadahkan..(^_^)

Monday, April 4, 2011

sucks

Ya ALLAH

kenapa kecelaruan ini???
masih berterusan dlm diri aku???
aku seolah di sisihkan???
aku diketepikan???
adakah sebab mereka juga tau akan hal aku???

aku buat baik salah..
aku buat jahat lagi la salah..
aku sering di sindir-sindir..
apa perlu lagi aku buat di duniamu ini???

manusia macam manakah aku ini???
wanita macam manakah aku ini????
isteri macam manakah aku ini????

adakah ada sinar untuk aku???
adakah ada kebahagian untuk aku???
adakah aku layak untuk menjadi tetamu MU????

Ya Allah permudahkan
segalanya..
AMIN

senyuman di sebalik sejuta kedukaan