Sunday, November 20, 2011

@#$%^&*@#$%^&*...wth...@#$%^&*@#$%^&*@#$%^&*


lembu punya susu sapi dpt nama...what the fishhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....haktuiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...boleh jalan laaaaaaaaaaaaa........igt aku heran sgt....senang2 jer ko kan..takpe2 mmg benar aku bodo tp sepandai2 tupai melompat..ko tau la nnt langit tu tinggi ke rendah...bukan main lagi berkata2....power siotttttttt....haktuiiiiiiiiiiiiiiiii lagi sekali...




Friday, November 18, 2011

(^_^)..Why Do Women Cry?..(^_^)


hati menangis tak siapa yang tau...ermmmm patut pun arini 18 Nov 2011 rasa resah gelisah jer kat umah seharian... di tambah dgn sakit kepala dr pagi lagi..rupanya genap setahun sudah proses tersebut aku alami..di mana tarikh ini merupakan hari raya korban ke 2 sethn yang lepas...satu keputusan yang sangat besar aku dengar & harus terima ..cukup pantas masa itu berlalu..bahang & detik2 kesakitan itu masih segar dlm memori..seolah2 sgt2 bertaubat taknak dah lalui proses yg sangat menyakitkan itu..tapi kata orang belum cuba belum tau bagaimana sakitnya prosedur itu..tapi kekuasaan Allah mengatasi segalanya..hambanya yang lemah ini masih lagi diberi kesempatan utk terus bernafas & meneruskan kehidupan walau terpaksa mengharungi beribu pertanyaan & persoalan...hanya di KAU yng mengetahui apa yg tersirat & tersurat di jiwa ku..hati menangis tak siapa yang tau...thanks GOD atas sgala kurniaan ini..

Wednesday, November 2, 2011

(^_^)..beZanya leLaKi & wAniTa..(^_^)

 

Mengapa suami tidak berbual2 dgn isteri sebagaimana mereka boleh berbual2 dgn orang lain? Berubahkah mereka setelah berkahwin?


Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka boleh berbual-bual dengan orang lain?

SUAMI ITU LELAKI
  • Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran, keberkesanan dan pencapaian.
  • Mereka beri tumpuan kepada benda, objek dan barang demi untuk mencapai kejayaan dan matlamat yang ingin dicapai. Mereka baca suratkhabar dan jurnal. Mereka dengar berita, sukan dan pasaran saham. Mereka bercakap tentang kereta, komputer, teknologi, matawang, pasaran saham, perniagaan, pemimpin, perang, politik dan perkembangan dunia.
ISTERI ITU PEREMPUAN
  • Tumpuan perempuan berkisar pada manusia dan perasaan. Mereka menghargai cinta, pertalian, perhubungan dan keindahan. Mereka baca novel dan buku-buku psikologi. Mereka suka menonton filem romantik dan menatap majalah hiburan. Mereka bercakap tentang diri, keluarga, perasaan, perhiasan, fesyen dan kecantikan.
Kenapa Pentingkan Suami Berbual-Bual Dengannya?

1. Sebab, isteri itu seorang perempuan. Orang perempuan suka bercakap dan bercakap-cakap perlu bagi mereka. Mereka seronok bila ada orang melayan percakapan mereka. Bila tertekan, bercakap-cakap boleh melegakan mereka. Mencurahkan masalah pada orang lain dapat menghilangkan kerungsingan. Sebab itu tidak hairanlah orang perempuan boleh 'bersembang' atau 'bergayut' pada telefon berjam-jam lamanya.

2. Orang perempuan mahukan 'good listener' bukan 'problem solver'. Mereka mahu bersama seseorang, yang pada pendapat mereka sangat mengambil berat 'tentang' dan 'untuk' diri mereka. Fokus mereka lebih kepada kejadian-kejadian sehariannya, orang-orang yang mereka temui dan yang penting - 'apa perasaan mereka terhadap orang-orang yang mereka temui itu'.

3. Mereka inginkan 'verbal attention' yang boleh membuatkan mereka rasa dikasihi. Bagi mereka, selagi 'penumpuan' dan 'perhubungan' ini dijalin, selagi itulah ikatan dan kasih sayang dapat dijamin. Perkahwinan sebenarnya menyatu-temukan hakikat seorang lelaki dengan hakikat seorang perempuan. Perbezaan sikap, minat dan kecenderungan tidak boleh menjadi alasan untuk tidak berkomukasi dengan baik antara suami dan isteri. Perhubungan yang baik menjamin kebahagiaan dan tercapainya matlamat perkahwinan tersebut. Bila komunikasi antara suami dan isteri tidak berkesan, 'perbualan sihat' tidak wujud.

KESIMPULANNYA:
1. Perbualan antara suami dan isteri dapat mengekalkan ikatan perkahwinan.
2. Perbualan dapat memindahkan maklumat tentang apa yang mereka inginkan, bagaimanakah perasan dan apa yang difikirkan oleh pasangan masing-masing.