Tuesday, September 27, 2011

(^_^)..aSaM gaRam kehiDupaN..(^_^)


Petang itu ketika hujan lebat, dengan angin tapi tak de petir, aku duduk di dapur, berhampiran tingkap  & angelina dengan secawan air kosong di tgn...Hmmm, sambil menghirup air yg tidak berperisa seolah2 itulah diri aku kini..tidak berperisa..jiwa kosong..sekosongnya..cuba untuk menghiburkan diri sendiri, cuba melupakan setiap kenangan hitam di jiwa..melihat percikan hujan bertempias di grill rumah, tiba2 kenangan yang lepas mula menerjah, teringat kisah2 lama, terkenang sahabat dan kenalan, terimbau kenangan bersama orang2 yang telah pergi menghadap Ilahi.....hati rasa sayu, rasa sebak....al-fatihah untuk mereka2 semua..Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Bila aku lihat dedaun kering penuhi longkang, dihanyutkan air deras..terdetik dalam hati, jika sampai masa aku, adakah kenangan aku juga akan hanyut ibarat dedaun kering tadi...hmmmm, tak pasti lah kan, moga ada orang yang masih ingat dan tidak lupa aku...huhu...sedey tiba2 bila ingat macam tu.... v_v

Dalam entri2 diblog aku baca, ada  beberapa kisah cerita yang begitu bermakna pada aku..kalau aku baca balik, rasa tersentuh, sudah pasti kesah entri berangkai untuk aku dari blog-blog yg aku follow sblm ni ..Kadang2 tersenyum sendiri, rasa berterima kasih sangat2, kadang2 rasa bersalah..kerdilnya diri aku..besarnya dugaan aku..bnyknya aku di uji.. Bila kita rasa runsing atau fikiran agak bercelaru, dan kita baca balik, cukup tersentuh & kadang2 rasa dihina dan kerdil puna da.. ada juga yang tak sikit banyak ia boleh menghiburkan....

Hmmm...hidup ibarat roda..bila kita berada diatas, ramai yang suka, ramai yang nak ambik tau pasal diri kita, bila kitaran masa meletakkan kita di bawah...kita akan mula dilupakan, sebab tidak memberi manfaat pada mereka lagi...itu kenyataan, takpelah...bersabar...apa yang berlaku pasti ada hikmah yang telah dijanji kan untuk kita....Syukur alhamdulilah aku terusan di uji oleh NYA..aku masih diberi nafas dan keupayaan untuk menempuh sehari lagi kehidupan sebagai hambanya di dunia ini... Salam sayang semua dari SUNOR...... jaga diri elok2 yea semua....I love u all..

Jom layan lagu2 kenangan ni..kebetulan lak kita makin menghampir ke situ..OKTOBER makin menjelma..masihkah ada sinar kejernihan atau sinar kehitaman dalam hidup kita semua nanti...sesama kita renungkan dan fikirkan..

(^_^)..paSemboR..(^_^)


mabelessssss
Sebelum tido semlm golek kiri golek kanan..golek & golek lagi..dan entah bila masa tertido pun  x sedar dah sbb otak & badan penat sgt...tup2 dlm kepenatan tido tu sempat lagi aku mimpi & teringin nak menikmati kelazatan pasembor Padang Kota Lama..perghhh kecur habis ayaq liur aku bila teringat akan menu tersebut..mau taknya aku suka makan sbb dia bnyk pilihan terutama aku leh pilih buh lauk2 bnyk2..tu yg syok n mabelessss..di tambah kuah dia yang pekat & bersalut  tu..perghhhh..sedopnyaa...xpe la masuk dalam mimpi pun jadi la..ayuhh kita layan pic pasembor yopppp...


Pasembor Padang Kota Lama mabelessss

20 Jun 2010 pekena pasembor @Padang KOta Lama

Sunday, September 25, 2011

(^_^).. inFo hiGhway di saNa siNi..(^_^)

LPT

Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa II (Jabor - Kuala Terengganu) akan dibuka pada pertengahan 2012. Ia akan menjadi alternatif kepada rakyat Kelantan yg ingin pulang ke kampung halaman melalui LPT dan Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu.

LEBUH RAYA PANTAI TIMUR (LPT) merupakan lebuh raya keluar masuk utama yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Lembah Kelang dengan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang melibatkan negeri Kelantan, Pahang, dan Terengganu. Laluan Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak yang bermula dari Persimpangan Greenwood, Selayang, Selangor sehingga ke Karak, Pahang kini dijadikan sebahagian daripada laluan LPT. Dengan kata lain, LPT bermula dari Persimpangan Greenwood dan sehingga ke Pengkalan Kubor, Kelantan apabila siap sepenuhnya kelak. LPT dirancangan untuk menghubungkan Kuala Lumpur - Kuantan - Kuala Terengganu - Kota Bharu melalui satu jaringan lebuh raya ekspres yang cekap. Ia juga untuk menghubungkan Kota Bharu - Kuala Terengganu - Kuantan - Johor Bahru (Fasa III). Pada hari ini, hanya laluan antara Kuala Lumpur - Kuantan sahaja yang dibuka kepada trafik. Manakala, projek pembinaan LPT Fasa II (Kuantan - Kuala Terengganu) sedang giat dijalankan walaupun sudah beberapa kali mengalami kelewatan ekoran penglibatan kontraktor yang tidak berkaliber. Projek LPT Fasa II ini dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2012, iaitu dua tahun lewat daripada jadual asal. Kajian kemungkinan pembinaan LPT Fasa III telah dijalankan pada 15 Julai 2007 sehingga 15 Mei 2009 lalu. LPT III merupakan sambungan dari LPT II di Kuala Terengganu, Terengganu ke Pengkalan Kubor, Kelantan. Projek ini dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang bermula 2011 - 2015. Ia melibatkan cadangan jajaran lebuh raya sepanjang 150 kilometer yang akan melalui daerah Kuala Terengganu, Setiu, Besut, Jajaran Pasir Puteh, Jajahan Bachok, Jajahan Kota Bharu, Jajahan Pasir Mas sebelum berakhir di Jajahan Tumpat.

 
LEBUH RAYA KOTA BAHARU - KUALA KRAI
 
Projek Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai (Lebuh Raya KBKK) merupakan sebuah projek swasta bagi membangunkan sebuah lebuh raya empat lorong sepanjang 63 kilometer (km) yang menghubungkan Kota Bharu dengan Kuala Krai dan melalui beberapa bandar kecil di sepanjang laluan ini seperti Ketereh, Kok Lanas, dan Machang. Projek ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui Mesyuarat Exco yang telah diadakan pada 10 Ogos 2011 selepas Kerajaan Pusat tidak menyediakan peruntukan untuk projek tersebut menerusi Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) dan RMK-10. Dalam masa yang sama, Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) juga memaklumkan bahawa projek ini akan dilakukan secara penswastaan dan akan ada kutipan tol bagi lebuh raya ini. Menurut Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, lebuh raya ini akan dibina sebagai Jalan Negeri selepas cadangan pembinaannya kepada Kerajaan Persekutuan tidak mendapat maklum balas memberangsangkan. Projek lebuh raya ini dijangka menelan belanja kira-kira RM1.9 bilion termasuk RM500 juta untuk pembinaan jejambat (flyover) dari Persimpangan Wakaf Che Yeh sehingga ke Persimpangan Wakaf Siku dekat KB Mall. Jika projek pembinaan jejambat ini dibatalkan, maka kos keseluruhan lebuh raya ini kira-kira RM1.4 bilion (termasuk kos pengambilan tanah bagi jajaran lebuh raya baharu ini). Projek ini dijangka dapat dimulakan pada 2012 dan dijangka siap pada 2015. Lebuh raya ini akan bersambung dengan Lebuh Raya Utama Tengah (Central Spine Expressway) di Kuala Krai, Kelantan..
 
sumber: page lebuh raya Kota Baharu- Kuala Krai
 

Saturday, September 24, 2011

(^_^)..riNdu beRtaNdaNg laGi..(^_^)


26 Syawal 1432
Kini syawal hampir melabuhkan tirainya..Syawal telah berada diakhir & penghujung sisa-sisa1432 Hijrah..entah sempat ke tidak untuk aku merasa lagi untuk tahun-tahun mendatang..Insya-Allah..moga2 masih diberi kesempatan untuk merasainya lagi...Amin

Arini merupakan perhimpunan atau lebih mesra kita sebut famili gathering..semua anak2 Hj Che Wail &Wan Jah sedang seronok berkumpul beramai-ramai di Johor Baharu kecuali aku si BONGSU ini..telah lama aku tidak berkesempatan untuk menghabiskan masa bergelak ketawa bersama-sama mereka..mesti mereka juga merasa janggal akan ketiadaan aku di dlm majlis itu. MAAFKAN SUNOR wahai Ma, Kak Long, Bengah, Kak Ngah, KakCik, Kak Miha, KakNik, KakLily, KakCt & tuan rumah PokMat..anak & adik mu tidak dpt berkumpul bersama2 kalian..sudah cukup lama suNor nantikan saat sebegini tapi apakan daya sunor..semua kita mampu merancang selebihnya hanya Tuhan yang maha mengetahui apa yang tersirat & tersurat di hati kecil sunor..ada setgh tu dah hampir sethn sunor tak jumpa famili sndri...even dh nak masuk 10 bln  thn ni baru 1 kali je sunor jejak bumi KL..apatah lg jb..rindunya sunor pada kalian tidak terkata..masihkah ada lagi peluang untuk kita bersama2 berkumpul beramai-ramai di hari mendatang???

Panggilan tak putus-putus berbunyi dari khamis lagi bertanyakan khabar suNor pegi ke JB @ tidak.ada stgh tu sunor tak jawap sebab terlalu sebak untuk memberi alasan kenapa sunor tidak dpt ikut sama..siap kalau sunor nak pegi abg Ngah nak singgah amik otw ke sana semlm..maafkan sunor semua..apatah lagi arini, msj & call masuk berderet jer..maaf kerana tdk menjawab pangilan itu..bila perasaan rindu sunor dah reda..sunor call balik kalian semua yer...terutama Bonda yang x henti2 call..:(

Apa menu jamuan mlm ni???mesti meriahkan?? mesti sedapkan?? maklum la air tangan kakCik, kakLong tiada tandingannya..harap saat & ketika kalian semua sedang menjamu, ingat2 lah sunor yang jauh ni yer..hanya wajah2 kalian yang sedang bermain di minda sunor skrg..rindu pada keletah-keletah anak2 buah sunor..rindunya sunor hanya Tuhan tempat sunor mengadu & meminta..bergembira lah wahai kakak2 & abg2 ku semua...SUNOR HANYA ADA KALIAN..SUNOR SAYANG KALIAN SEMUA..

Raya 2011 jiwa sunor kosong..kosong sekosongnya..entah bila kekosongan itu mampu terisi..yang sunor mampu cuba untuk menceriakan diri sunor sndri....luaran sunor ok, mampu mengukir senyuman selebar mungkin.,.Berat mata memandang, berat lagi apa yang sunor sedang pikul..sunor cuba untuk menggembirakan & memuaskan semua orang di sekeliling sunor, biar dlman sunor bergelora dgn sejuta perasaan..sedih, pedih, gembira, suka,duka.itulah asam garam kehidupan sunor..perasaan inilah yang mematangkan sunor..

SELAMAT HARI RAYA 2011 BUAT SEMUA KETURUNAN CHE WAIL

Sunor insan terpilih oleh ALLAH, untuk terus di uji dan diuji entah sampai bila sunor sendiri tidak pasti..ALLAH akan menguji hambaNYA selagi kita hidup di buminya ini..sejauh mn lagi ujian itu harus sunor lalui,..itu sunor tidak pasti..sunor redha dgn ujian ini..

Tuesday, September 20, 2011

(^_^)..saMpliNg 18-22 Sept 2011..(^_^)


Day 1 : 18 Sept 2011

As usual sampling projek penyelidikan Pusat Rujukan Laut China Selatan & Repositori utk collection sample 1 permonth di Setiu Wetland. Tiba di kabin jam 3pm..bersiapsedia utk terus turun ke sungai pasang segala mcm size pukat, bubu & bito..Semuanya 4 stesen yang boleh dikatakan start dr penarik smpi la ke Beting Linang..dkt nak maghrib baru siap semuanya..tempat tido mcm biasa la dlm kabin je beralaskan comforter & berselimutkan sleeping bag. Biasa mlm hari pertama lom ada sample lagi so just relax & persiapkan minda utk berpanasan esok hari je la..ermm cuaca mlm ribut dr petang lagi..dpt tarik selimut awal2 mmg best ler..tp??!!!!

Day 2 : 19 Sept 2011

Hari kedua seawal jam 7am dh turun & aku kena cover 1 stesen yg paling jauh sekali kat Pulau Tok Aji...Geng aku boatman tok Teh & cikLeh pembantu aku & kami naik bot INOS...Kebiasaan hari pertama sample leh tahan jugak la bnyk ikan & ketam..mmg seronok dpt hasi bnyk tapi yg kureng seronoknya bila tang kerja buat kat kabin tu..nak belek sekor2 ikan tu..bedah amik segala mcm isi perutnya..huhuhuh ..bila sample dh lama..of course la busuk..perghhh tu yg tak tahan tu lalat & langau x yah cakap la mmg giler banyak..nak termunt...pun ada gak lelama..cuaca  ptg day 2 jugak ribut & hujan lebat..huhuhu nyamuk x yah ckplah & mcm biasa aku dah start gatal2 1 badan & alergik pun menyerang.. =(

Day 3 : 20 Sept 2011

Today really2 hectic day..mau x nya seawal 6.30 am dah bergegas naik bot nak kuar..bukan apa sbb ai surut pagi so kena cepat2 la kalau tak mau kena tolak boat nak kuar nnt..arini cover 2 tempat hulu & hilir..Beting Lintang & Pulau Tok Aji..mau bengkok pinggang koz just naik bot fiber FASM jer..geng Ikan aku mcm biasa la pok Teh & cikLeh...dah la x berbumbung so sedia maklum la tahap kepanasan cahaya matahari tu yer..trik je atas kepala..by 11.30am dh siap cover 2 tmpt ni tp perjalanan yg tersgt2 penat sbb air cetek & alur pun x jumpa...balik dgn hasil yg boleh tahan jugakla... arini bnyk ketam & ikan siakap..sampai je kabin operate sample..huhuhh penat..rest jap mkn2 & solat koz kul 2pm nak kena turun lagi cover mangrove & molluscs @Pulau Tok Aji gak..tp trip ptg terover mencabar koz sepanjang perjalanan kerja kami tarik bot jer sbb air surut..nak boleh ke smpi dkt sejam lbh..setel group mangrove..move to molluscs..dr jam 5pm smpila ke 7pm berendam dlm selut cari molluscs..mak ai habis kembang kaki & tangan..kecut hbs duk mencari kerang & kepah..baru tau la betapa susahnya penjual2 kepah & kerang tepi jalan tu duk mencari demi sesuap nasi..masa tgh duk mencari tu..tetiba langit gelap & ribut..kami duk menggagau dlm gelap & hujan..sejuk toksah ckp laaaaa...ngam2 jam 7 siap2 naik bot & heret bot lgi ..dkt nak smpi jeti baru leh naik..sedih & penat kan..nama je kerja pegawai sains tp kerja kalah kerani & tukang kebun sekolah..dah amik bidang marin sgt kena la trima kan??x gitu ...kalau xnak comot2 & pakai baju berkot sokmo..so ila la jgn amik bidang ni yer..amik la PTD ke comfirm duk dl ekon sokmo..huhuhu..geng ptg aku bersama joseph, cikleh & sorg student aqila..smpi kabin dh maghrib..mandi2..solat..nak mkn x lalu dah sbb badan penat sessgt..otak plak ligak duk pk pasal event weekend ni lak yg tak siap lagi souvenir prof nak..huhuhuhu..ni pun duk siapkan surat yg member nak utk sewa pusat koko d Pulau Redang..betul2 hectic day 7am-7pm..di atas bot..skrg tgh smbg operate ikan..semlm jam 2am tdo..arini jam brapa hbs x tau la..hukhukuk...kalah kuli kerja..xpe la..demi mencari rezeki..Another 2 day kena lalui..after tu struggle event weekend ni plak..hohoho

oklah ..nnt sambung lagi yer..nk smbg keje jap..pic bnyk dlm hp tapi kabel lak x bawa nak transfr..nnt2 la yer dh free or kalau rajin sunor upload ..video kami tolak boat pun ada..sungguh mencabar sejam lebih perjalanan itu..oklah..smpi sini dlu yer..kita ketemu lagi.daaaaaaaaa..TBC...




Monday, September 19, 2011

(^_^)..Gaban Z potong 3..(^_^)


awak..ooo la awak..... agak2 kalau saya nak potong body saya ni aci x..potong ke 3 bahagian..macam Mona Fendy potong 18 tapi mati ..say nak potong 3 tapi hidup..boleh tak??!!!!...jadual yang sesgt la pack minggu ni..ada 3 event kena handle serentak start 18-25hb...

1. sampling projek penyelidikan 18-22hb,
2. pameran muzium @Gong Kedak, Besut 20-22hb 
3.siapkan sourvenir utk mesyuarat Hidrografi 25hb ...

dah tu bila masa la otak ni nak free n relax???!!!!Bos  nak suh seme mende buat sndri..hbs idea nak pk n deko utk cenderamata tu..:(

badan je ada kat Setiu Wetland ni...tapi otak ligat ke sana ke mari persiapkan semuanya di alam maya..mana ngan plat gold penghargaan tak tempah lagi kat bandar...arghhhhh tidakkk....sabar fatiha..sabar yer....sempi je bumi KT khamis ni bergegas la persiapkan sourvenir lak..sob sob sob...tolong laaaa sy nak bercuti panjang dari pk semua ni..:(..baru jer last week siapkan sourvenir utk kerjasama  ngan UKM..kali ni hidrografi lak..huhuhuhuh..nak cutiiiiiiiiiiii..tapi ke mana???!!!!

Semoga segala kerja saya dipermudahkan..& memperolehi keberkatan..AMIN..






Sunday, September 11, 2011

(^_^)..raYa 2011..(^_^)

Tahun ni raya sangat berbeza dari tahun sebelum-sebelumnya & takde apa yang special kali ni..tapi aku tetap bersyukur pada yang Maha ESA kerana masih memberi kesempatan kepada aku untuk berpuasa & menyambut kemenangan aku berpuasa. Raya tahun ni xde prepare apa pun...(no money no talk..:))

1. Baju raya takde..1 Syawal aku pakai baju yang jahit 2 thn lepas..tudung?? tetap tudung lama..pendek kata seme pakaian lama..tp syukur ada gak pakaian nak pakai..

2.  Raya tahun ni tak sopping apa pun melainkan 2 helai suar jeans BUM + 2 pasang sepatu (suami belikan) tu pun sbb seme sepatut yg ada dah kopek tapak...:(

3. Bonda & suami xde di pagi 1 Syawal..hbskan masa 1-3 Syawal bersama famili mertua..alhamdulillah ..sempat bawa ke mana saje mereka nak beraya di rumah sanak saudara..ada setgh rumah tu aku xpernah pi pun even dah 5 thn kahwin..:)

4. Takde pic raya berdua utk tahun 2011.................

5. Aktiviti raya 2011 just semayang sunat hari raya + tido + balik umah mertua + balik umah bonda + makan2 + tido lagi + jenjalan umah sedara in law + 2 kali umah kawan suami + balik ke ganu + cancel cuti + kerja as usual..ermmmm

6. Setahun keje xde apa pun leh reward diri sndri lg..ingat nak jer cuti panjang & rest lelama...jenjalan sana sini hilangkan stress lps dah struggle siapkan buku sblm ni..tp still sama gak..(no money no talk yer..:)..)

7. Pendek kata..jangan la 2011 aku ni lebih teruk dari tahun2 sblm ni..org lebih maju insya allah ...aku akan menyusul???!!!! dissapointed..frustrated..sad..down..barang yg lepas usah di kenang..moga2 ALLAH makin melindungi & menyayangi aku sebagai insan kesayanganNYA..Amin..

1 Syawal
2 Syawal
3 Syawal
4 Syawal

6 Syawal


7 Syawal



11 Syawal

12 Syawal

Thursday, September 8, 2011

(^_^)..leMbu puNya suSu, saPi dpt naMa..(^_^)

what ever...
.
..
tgk tajuk pun dah bleh agak kan???!!!!
.
.
.
..
..

ermmm..
ermmm..
ermmmm....
ermmm..
..
..

No komen la..
..
..

..
..


..

...
WT tutttttttttttttttt................................................................................
..
..
..


kekadang rasa nak..........whatever...
..
..
..
asyik aku je mengalah & di alah..
mcm bola & guli..
mcm tunggul je..
buli ..buli..buli & buli..
buat la..
mcm org bodoh je aku ni..
kalau itu yang ko rasa happy..
ko buat la..
aku x pandai nak hukum..
mungkin 1 day hukuman ALLAH itu maha berat lagi..
Nauzubillah...

Sekian,
Terima KAsih