Wednesday, March 30, 2011

...uNtuk taTapaN paRa suAmi...

Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum..

Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....
Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...
Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....
Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...

Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam....

Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....

Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....
Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...
Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku

Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....

Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....

Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI
Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...

Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...

Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...

Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan

Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....

Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....

Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...

Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?



P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki

Ku Cuba...selebihnya Ku beRseRah.....

Ya Allah
Ku cuba berikhtiar
Selebihnya
Ku berserah

Ya Allah
Bantulah aku
Tolonglah aku
Ku merayu
Ku Mohon
Hanya PadaMU
Berkati usahaku
Yang bakal ku lalu beberapa minggu lagi

AMIN....



Andainya kau rasa tak berupaya

Hidup sendirian tiada pembela

Segalanya suram

Bagai malam yang kelam

Tiada bantuan tiada tujuan

Janganlah berputus asa

Kerana Allah bersamamu

 

Insya Allah Insya Allah Insya Allah

Ada jalannya

Insya Allah Insya Allah Insya Allah

Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi

Bagai tiada ruang untuk kembali

Dikau keliru atas kesilapan lalu

Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa

Kerana Allah bersamamu

 
Kembalilah

Kepada Yang Esa

Yakin padaNya

Panjatkanlah doa

Oh Ya Allah

Pimpinlah daku dari tersasar

Tunjukkan daku ke jalan yang benar

Jalan yang benar

Jalan yang benar

Jalan yang benar


.....sejuk sekejap hati bila dengar lagu ni....

Thursday, March 24, 2011

miMpi!!!!!!!

semalam ...
23 Mac 2011
ku berMIMPI..
terjaga di awal pagi
tatkala semua org sedang lena tdo...
mimpi aku
mimpi di malam hari..
di mana
aku tidak lagi bersama dengannya..
mampukah aku untuk hadapi
dengan mimpi itu????

 Ya Allah
Bantulah aku....

aDakAh aKu teRgoLoNg di daLaM siFat keSABARan iNi!!!!!!

Sabar...
satu perkataan ringkas yang memberi impak yang besar pada diri manusia. Sifat sabar ini berjaya 'memandu' tindakan manusia dalam kehidupan seharian. Adanya sifat sabar ini membolehkan ramai manusia hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang.
Dengan sifat sabar ini
seorang guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang bermacam-macam karenah.
Dengan sifat sabar ini
seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil, anak-anak biasanya sangat nakal dan tidak mendengar kata kerana mereka masih tidak mengerti kata-kata ibunya.

Dengan sifat sabar ini
Hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.
Dengan sifat sabar ini
ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.

Dengan sifat sabar ini juga
suami dan isteri terus bahagia menjalani kehidupan walaupun setiap pasangan biasanya akan diuji sepanjang berada di alam rumah tangga. Kata orang, 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'.

Cuba kita bayangkan situasi dimana sifat sabar ini sudah tidak ada langsung dalam diri manusia, walaupun sekelumit.

Tanpa sifat sabar
bilangan guru akan berkurang kerana ramai orang yang tidak sanggup lagi menjadi guru untuk melayan karenah pelajar yang kadang-kadang mengundang rasa marah dan sedih di hati.
Tanpa sifat sabar
anak-anak kecil akan membesar dalam keadaan yang tegang tanpa kasih sayang kerana tidak ada lagi sifat sabar dalam diri ibu bapa dalam sepanjang membesarkan anak-anak kecil yang masih tidak mengerti.

Tanpa sifat sabar
hubungan persahabatan tidak lagi seindah yang dirasakan sekarang kerana setiap orang tidak dapat bersabar lagi dengan sikap rakan masing-masing dan tiada lagi sifat sabar dalam diri yang mendidik hati berlapang dada dan saling memaafkan.

Tanpa sifat sabar
tiada lagi lahirnya orang-orang hebat kerana semua orang tidak sanggup menghadapi kesukaran ketika belajar dan berputus asa saat-saat diuji dengan kesukaran.

Tanpa sifat sabar
alam rumah tangga tidak akan bertahan lama kerana tiada lagi sifat sabar dalam diri pasangan masing-masing untuk bertolak ansur antara satu sama lain.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya. (Surah Al-Ma'aarij:ayat 5)

Ya, saya suka ayat ini. Ketika sedang menahan marah dan menahan sedih, ayat ini benar-benar memberi motivasi kepada saya. Bagaimana Allah memerintahkan kita untuk bersabar, malah bersabar dengan kesabaran yang baik.

Sememangnya dirasakan sabar ini merupakan sesuatu yang sangat perit sehingga kadang-kadang hati kita mengeluh.

" Asyik sabar je, penat dah sabar ni!"
Kita tidak perlu fikirkan lagi, mengapa kita bersabar dan berapa kali kita bersabar dalam hidup ini kerana saya ingin mengajak anda melihat apa yang dapat kita peroleh dari sifat sabar ini.

Apabila kita bersabar
kita sebenarnya dianugerahkan satu rasa yang tidak semua orang mampu merasainya, iaitu rasa ketenangan. Ketenangan ini bukan semua orang mampu merasainya melainkan orang-orang yang menjalani kehidupan mengikut apa yang Islam anjurkan. Percayalah dengan sifat sabar ini, dalam keadaan tidak sedar kita telah menyelamatkan banyak hubungan persahabatan daripada terputus, dengan sifat sabar ini kita boleh hidup aman damai seperti sekarang, dengan sifat sabar ini kita menjadi dewasa sehingga kini. Lihatlah betapa besarnya impak sabar untuk menjadi kehidupan harmoni.
Untuk anda yang sedang diuji
dalam hati ini hanya ada dua pilihan, sama ada nafsu ataupun iman. Jika menang nafsu, maka kalahlah iman, jika menang iman maka musnahlah nafsu. Kita yang perlu menilai dan memilih. Apabila diuji, kita mahu memilih nafsu untuk terus marah, atau kita memilih pilihan yang paling tepat iaitu iman dan sabar.
Lihat pada impaknya, jika kita memilih untuk marah, hati kita akan dikuasai rasa marah yang menghilangkan rasa tenang, malah boleh jadi kita bertindak diluar batas fikiran kita yang akhirnya memberi kesan negatif pada kehidupan kita ketika itu. Namun, jika kita memilih untuk bersabar, insyaAllah kita diberi ketenangan untuk membantu kita mengambil tindakan yang tidak memburukkan lagi keadaan.

Saya bagi satu contoh yang mudah. Ditakdirkan anda terpaksa menjalani kehidupan dengan seorang rakan yang sangat pentingkan diri sendiri. Setiap tindakannya pasti memberi kebaikan pada dirinya dan kita sentiasa menjadi mangsanya. Setiap perbuatan dan kata-katanya sentiasa membuat kita berkecil hati.

Disini, anda hanya ada dua pilihan, memilih untuk terus bersabar dan bertahan sepanjang anda menjalani kehidupan dengannya, atau anda memilih untuk bermasam muka dengannya akibat sakit hati yang menguasai diri. Jika anda memilih untuk bersabar, anda mampu menjaga keharmonian persahabatan dengannya, namun jika anda memilih untuk bermasam muka, pastinya memberi kesan yang tidak baik dalam hubungan persahabatan itu sendiri.

Namun sahabat, perlulah kita ingat bahawa kita ini manusia, kita bukan malaikat untuk terus menjadi sempurna di mata orang lain. Sabar manusia itu ada juga batasnya dan kadang-kadang orang yang paling banyak bersabar, sekali dia 'meletup' huru-hara jadinya. Oleh itu, perlunya fungsi kita meletakkan diri kita ditempat orang lain. Malah jika kita jenis yang pentingkan diri sekalipun, sebelum bertindak, kita perlu berfikir bagaimana rasanya jika kita berada ditempat orang yang teraniaya itu.

Sebelum kita bunuh orang, cuba kita bayangkan diri kita menjadi orang yang dibunuh itu.
Sebelum kita melemparkan kata-kata yang mampu mengguris hati orang lain, cuba bayangkan diri kita yang dilemparkan kata-kata itu.

Jika kita mampu meletakkan diri kita ditempat orang lain, saya yakin manusia tidak akan menzalimi sesama manusia lagi.

Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada syurga menanti kita. Cubalah memahami untuk diri kita difahami, cubalah bertolak-ansur, supaya orang lain juga mudah bertolak ansur dengan kita. Janganlah sentiasa mencari salah orang lain, supaya orang lain tidak mencari salah kita. Nasihat ini untuk diri saya sendiri, dan juga untuk kamu wahai sahabat.



jiKa sAkiT

sakit
setiap hari ku mohon & berdoa
 agar diri aku dijauhkan dari kesakitan
jika sakit
aku akan menyusahkan org
kesakitan ini kalau boleh ingin sendiri atasi
tanpa perlu berkongsi sakit dgn sesiapa
tp apa daya kita hanya hamba allah yang lemah
tidak lari
atau
tidak lekang dari menyusahkan & bergantung hidup dgn org lain
thanks kpd mereka-mereka yang sentiasa menyusahkan diri demiku..

pelbagai jenis kesakitan ...
yang telah aku lalui akhir-akhir ini..
hampir setiap bulan bergantung kepada nasihat doktor
mendengar nasihat itu dan ini
buat itu dan ini
jolok itu dan ini
makan itu dan ini
pantang itu dan ini
dan
aku akur & ikut segalanya..
kesakitan yang terpaksa ku tahan jua..
even kesakitan itu tidak pernah aku terbayangkan
yang aku harus lalui selama ini

ku sanggup
lakukan apa saje untukmu
ku sanggup
gadaikan nyawaku demimu
ku sanggup
tukarkan segala yang aku ada hanya untukmu
ku sanggup
berikan yang terbaik buatmu
kerana hanya itulah impian seorg wanita ..

andai kesakitan ini tuhan lebih sayangkan ku..
aku redha dengan segalanya
seandainya aku tidak berkesempatan untuk merasai
kebahagiaan disebalik kesakitan
aku perlu untuk terus lalui dugaan demi dugaan
walaupun tidak siapa mengetahui
kesakitan sebenar yang telah aku lalui selama ini..

biarlah kesakitan ini ku kongsi bersama MU TUHAN
ENGKAU MAHA MENGETAHUI
apa yang tersirat & tersurat di dalam diri hambamu ini..
meneruskan perjuangan yang belum selesai di bumi MU
dan aku yakin..

ENGKAU ada alasan tersendiri kenapa ENGKAU mengujiku sehebat ini..

dan

TUHAN
ku akur & pasrah dengan segala UJIAN MU

Thank You ALLAH

AMIN


Tuesday, March 22, 2011

aNgeLiNa peNghiBur hAti iBu...

Hari ni genap 10 hari aku menjaga & membela angelina..angelina seolah2 memahami apa yg tersirat & tersurat di hatiku..Dia lah penghibur aku di kala aku kesunyian untuk menempuh & melalui hari-hari yang penuh dengan dugaan demi dugaan dalam menghabiskan sisa-sisa kehidupan yang entah tinggal beberapa lama lagi aku pun tak pasti..yang pasti selagi khidmat aku diperlukan akan aku berkhidmat sampai ke akhirnya....apa yang menguatkan aku adalah kesabaran yang TUHAN berikan dalam diriku..

Angelina dh start paham kita marah..kita sedih..kita gurau..kita panggil bg mkn..even hati & otak penat , sarat & serabut bila ada dengan dia lupa seketika masalah itu..

Angelina seolah2 memahami segalanya sbb 2 mlm ni kalau aku rasa sedih sgt dia mai je gesel2 muka dia kat perut kita even kita dh nak tdo...last2 dia pun tertdo ngan kita jugak...sgt tersentuh bila malam kelmarin dia kacau hubby yang tengah duk baca buku last2 kena pok sekali ngan buku terus dia ngajuk duk diam jerr..smpi la kita panggil pun dia duk diam je sbb nak kita pujuk & belai dia..kalau haiwan tau merajuk dan ingin dibelai apa lagi manusiakan...

Aku sangat2 berharap hayat angelina dengan aku lama dan aku berharap mampu memberi yang terbaik untuk dia..hanya dia lah pengubat hatiku yang duka di sini..yang jauh dari famili2 tersayang...

Ketahui lah oleh mu angelina yang iBu sayangkan kamu....

Just tgk pic angelina yerr..baru berumur 3 bulan & berharap akan menjadi angelina yang membesar dengan sihat dan kuat ye angelina @ angie @ mekna..


Nama: aNgeLiNa ( azam 2011)
jantiNa: geGirl
Umur: 3 buLan
Mak & Ayah: from overSea dtg beraNak terus Mak & Ayah dia tinggalkan dia 3 beradik sini... (2 boboy & 1 gegirl) & gegirl sy selamat beli pada 13 MAC 2011 jam 6pm...
KeturuNan: RagdOll cats
Ciri-ciri ragdoll:
1. blue eyes
2. semi-long hair
3. female weight 3.6kg-6.8kg
4. Pointed - One color darkening at the extremities (nose, ears, tail and paws)
5. Mitted - Same as pointed, but with white paws, abdomen and hind legs. With or without a blaze (a white line or spot on the face), but must have a "belly stripe" (white stripe that runs from the chin to the genitals) and a white chin.
6. Bicolor — White legs, white inverted 'V' on the face, white abdomen and sometimes white patches on the back (Excessive amounts of white, or "high white," on a bicolor is known as the Van pattern, although this doesn't occur nearly as often as the other patterns).

Monday, March 21, 2011

OuR oNe biG HaPpy FaMiLy

Our One Big Happy Family

F-Father
A-And
M-Mother
I-I
L-Love
Y-You

Che Wail + Wan Jah =
1: Che Kamariah Che Wail
2: Arshad Che Wail + Ruhani = Fauzan, Farhana, Farhan, Farizi, Firdaus & Farihin
3: Razila Che Wail + Kamruddin = Azira & Azlia
4: Johari Che Wail + Hasnah = Athirah, Amir, Amirul, Amiruddin & Afiq
5: Ruhaya Che Wail + Hassan = Alif Eqmal
6: Rosmiha Che Wail + Nosiaan = Farah, Hairiz & Fitri
7: Roslida Che Wail + Adnan Shahril = Ashman & Aqlan
8: Roslaili + Sahidzi = Coming Sooon
9: Siti Hajar Che Wail
10: Ahmad Razali Che Wail + Roslinda = Syahmi, Syahmimi, Syahmin & Sara
11: Nur Fatiha Che Wail + Mohd Azam

Wanita di hati WAN JAH

No 2: Anak-anak ABg NgAh


No 3:Family KAk NgaH

No 5:FamilY Kak CiK

No 6:Famili KaK miHA

No 7:Family kAk NiK

No 8: FamiLy Kak liLy

No 9: Kak SiTi

No. 10:FamiLy Pokmat

No. 11: famiLy suNor

- juSt waLk aWaY -




I know I never loved this way before

And no one else has loved me more

With you I've laughed and cried

I have lived and died

What I wouldn't do just to be with you

I know I must forget you to go on

I can't hold back my tears too long

Though life won't be the same

I've got to take the blame

And find the strengthI need to let you go

Just walk away

Just say goodbye

Don't turn around now you may see me cry

I mustn't fall apart

Or show my broken heart

Or the love I feel for you

So walk away

And close the door

And let my life be as it was before

And I'll never never know

Just how I let you go

But there's nothing left to say

Just walk away

There'll never be a moment I'll regret

I've loved you since the day we met

For all the love you gave

And all the love we made

I know I've got to find the strength to say

Just walk away

Just say goodbye

Don't turn around now you may see me cry

I mustn't fall apart

Or show my broken heart

Or the love I feel for you

So walk away

And close the door

And let my life be as it was before

And I'll never never know

Just how I let you go

But there's nothing left to say

 
JUST WALK AWAY


SUDIKAH ENGKAU MENJADI IMAM / TOK GURU DI SEPANJANG HIDUPKU



Satu ketika kau bertanya..

Sudikah kau menjadi Makmum disetiap solatku..

agar solatku lebih bermakna dan terjaga hendaknya..sudikah kau menjadi Penjaga diri

dan maruahku agar hidupku lebih tenang dan bahagia sudikah kau menjadi Pendidik hati

dan jiwaku agar rohaniku terisi hikmahNya

dan akhlakku terjaga hendaknya sudikah kau menjadi Pemerhati setiap gerak dan langkahku

agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku sudikah kau menjadi Peneman di kala suka dan duka ku agar satu hari,

jika ujian itu datang air mataku ada yg menghapuskan..sudikah kau menjadi Pembela diriku

dan agamaku agar aku terus berada di atas jln yg benar sudikah kau menjadi Penggerak semangatku..

agar bila aku kelesuan kau mampu membei bantuan walau hanya sekadar senyuman

Sudikah kau menjadi Sahabat buat diriku..mendengar luahan hatiku agar aku boleh berbicara apa saja dgn mu

tanpa rasa ragu..Sudikah kau menjadi Penghibur ketika ku kesunyian

agar aku boleh ketawa riang



Satu ketika aku menjawab...

"Ya, Aku sudi..Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"

Tetapi,aku kembalikan soalan ini kepadamu..sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?



jika aku sudah tidak seperti dulu?Sudikah kau pula menjadi Imam, Penjaga, Pendidik Pemerhati,Peneman, Pembela

Penggerak, Sahabat dan Penghiburku Jika suatu ketika nanti aku sudah tidak mampu lagi menjadi Makmum di setiap solatmu..Jika aku sudah tidak mampu lagi menjagamu,menemanimu memerhatikanmu,mendidikmu membelamu,menggerakkanmu menjadi sahabatmu dan menghiburkanmu Sudikah kamu wahai .....................?



Aku percaya..kau masih sudi..

"Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI

dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"

Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah



Semoga bermanfaat...


Dan bilamana ada kata maupun penulisan yang salah mohon di benarkan

Salah dan Hilaf andai ada kata yang kurang berkenan mohon ma'afkan

Kami Hanya Insaniah fakir Hamba Allah yang tiada daya dan Upaya

Dipersilahkan bagi yang ingin share or copas jikalau bermanfa'at,

semuanya milik bersama

Bagi sahabat2 Muslimah Sholehah yang berminat

dan bersedia memberikan ilmunya berupa catatan,

puisi, doa dan kisah yang dapat menambah keimanan kita,

silahkan hubungi admin Andhika Al-Banjari Mtp


Prinsip ABC

A mbil yang baik

B uang yang buruk

C iptakan yang baru

Keep Istiqomah wa HAMASAH